Trending
“Mengucap Abah Mengucap” – Suasana Kecoh, Bapa Zaharif Affendi Rebah Ketika Ketua Polis Perak Ziarah
Sejak semalam, kecoh diperkatakan mengenai kejadian menimpa pelajar tingkatan 5, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang maut selepas dilanggar pegawai kanan polis.
Kini, suspek telah ditahan reman dan seramai 7 orang saksi kejadian telah tampil untuk membantu siasatan.
BACA: Kes Langgar Budak Sekolah, PDRM Takkan Lindungi Sesiapa Termasuk Pegawai Sendiri
Terbaru, Malaysia Gazette melaporkan suasana bertukar kecoh apabila bapa mangsa rebah ketika Ketua Polis Perak datang menziarahi keluarga di Taman Chepor Sentosa.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik, kelihatan orang ramai cuba menenangkan Muhd Zamrie Zainal Abidin yang lemah dengan memberinya minum air.
Mengucap abah mengucap, orang datang ziarah kita abah.
Kedengaran juga suara meminta bapa bersabar, beristighfar dan mengucap untuk mengawal perasaan yang hiba.
Sementara itu, ibu mangsa, Mimi Julia Ismail berkata, anaknya sangat baik dengan orang dan tidak menolak permintaan rakan-rakan yang perlukan bantuan.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak bongsunya itu ada menyimpan hasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang membaiki motosikal memandangkan dia dikurniakan kemahiran ke arah itu.
Beberapa hari sebelum meninggal dunia, arwah juga menunjukkan perubahan suka makan pada waktu malam tak seperti kebiasaan.
Kredit: Malaysia Gazette
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM