Connect with us

Oh! Media

“Jangan Sampai Aku Pandai Bersilat Je” – Ini ‘Respond’ Azhan Rani Terhadap Kenyataan Timbalan Menteri Mengenai Harga Barang

Trending

“Jangan Sampai Aku Pandai Bersilat Je” – Ini ‘Respond’ Azhan Rani Terhadap Kenyataan Timbalan Menteri Mengenai Harga Barang

Krisis harga barangan yang berlaku ketika ini amat menjejaskan semua rakyat di negara ini. Ditambah pula dengan beberapa kenyataan dikeluarkan pihak bertanggungjawab yang agak kurang enak untuk didengar menimbulkan perasaan marah dalam kalangan masyarakat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dah Tahu Harga Telur Ayam Tinggi, Kita Kurangkan Makan Telur”- Pengarah KPDNHEP Melaka

Bukan mahu menjernihkan keadaan, tetapi kenyataan yang dikeluarkan seakan menunjukkan lagi bahawa mereka ini bukanlah pemimpin yang berjiwa rakyat.

Harga barang bukan masalah besar

Beberapa hari yang lalu, menurut Free Malaysia Today, timbalan menteri PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bahawa kenaikan harga barang yang berlaku tidak sepatutnya menjadi satu masalah besar buat pengguna di negara ini.

Beliau yang juga merupakan timbalan menteri pertanian dan industri makanan memaklumkan bahawa situasi rakyat negara ini lebih baik berbanding rakyat di negara lain.

Nik Muhammad Zawawi turut menambah bahawa kerajaan masih mempunyai keupayaan untuk membantu rakyat bagi mengatasi isu ini dan akan terus mencari jalan bagi membantu rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Azhan Rani beri ‘respond’ terhadap kenyataan bekas menteri

Kenyataan dibuat timbalan menteri pertanian dan industri makanan itu turut mendapat perhatian pelakon, Azhan Rani yang berkongsi pendapat menerusi akaun Instagramnya.

Azhan yang ketika itu bercadang mahu menonton filem Mat Kilau memuat naik semula kenyataan yang dikeluarkan oleh timbalan menteri tersebut.

Seakan tidak bersetuju dengan kenyataan dibuat Nik Muhammad Zawawi itu, pelakon tersebut berseloroh dengan menyatakan jangan sampai dia tahu bersilat menerusi hantaran yang dimuat naiknya itu.

Ni mesti tak pernah pergi ke kedai beli barang

Perkongsian Azhan Rani itu mendapat respon rakan artis dan warganet yang lain. Rata-rata mereka terhibur dengan maklum balas yang dibuat Azhan itu serta ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat timbalan menteri berkenaan.

Makin hari, makin banyak pula kenyataan kurang bijak kita dengar. Yang menanggungnya kita, diaorang yang senang, boleh lah cakap kenaikan harga barang bukan satu masalah besar.

Kredit: Instagram azhan_rani | Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas