Connect with us

Oh! Media

Ini Respon Noor Hisham Berkenaan Isu Pelajar Dikompaun RM1,500 Tanpa Budi Bicara

Trending

Ini Respon Noor Hisham Berkenaan Isu Pelajar Dikompaun RM1,500 Tanpa Budi Bicara

Sebelum ini tular kes pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

ADVERTISEMENT

BACA : Pelajar Dikompaun Sebab Tak Pakai Mask, Individu Dedah Situasi Sebenar

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter rasminya pagi tadi mengesahkan perkara ini dan berterima kasih atas aduan yang telah dibuat.

Pihak KKM akan ambil tindakan secepat mungkin tentang perkara ini dan siasatan segera sedang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang seorang pelajar telah dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas KKM kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.

Tindakan tersebut dianggap sebagai tanpa budi bicara sedangkan pelajar disitu sudah lima bulan berada di sana dan tidak dibenarkan keluar dari kolej berkenaan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas