Connect with us

Oh! Media

Guru Dipenjara Kerana Tegur Anak Polis, Netizen Lancarkan Kempen ‘Save Ibu Supriyani’!

Ohmedia photo 6107000929053163034 y

Oh! Tidak

Guru Dipenjara Kerana Tegur Anak Polis, Netizen Lancarkan Kempen ‘Save Ibu Supriyani’!

Seorang guru berusia 37 tahun di Indonesia, Supriyani berdepan detik sukar selepas ditahan pihak berkuasa hanya kerana mendisiplinkan seorang murid yang merupakan anak anggota polis.

Kejadian yang berlaku pada April lalu melibatkan seorang murid berusia enam tahun dikenali sebagai D yang mengadu kepada ibu bapanya bahawa telah dipukul dengan penyapu oleh Supriyani hingga menyebabkan luka pada pahanya.

Pada mulanya D menyatakan bahawa luka tersebut disebabkan jatuh ketika bermain di sawah, tetapi kenyataannya berubah setelah disoal semula oleh bapanya yang merupakan seorang anggota polis.

IKLAN
Photo 6107000929053163035 y

Pihak sekolah turut menafikan dakwaan bahawa murid tersebut telah dipukul oleh Supriyani dan telah memohon maaf kepada ibu bapa murid berkenaan. Namun, permohonan maaf tersebut dianggap sebagai pengakuan salah oleh ibu bapa D dan digunakan sebagai alasan untuk membuat laporan polis.

Kontroversi ini mencetuskan kemarahan ramai, terutama golongan guru dan warganet yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa. Kempen ‘Save Ibu Supriyani’ mula dilancarkan bagi menunjukkan sokongan moral kepada guru tersebut.

Photo 6107000929053163036 y

Lebih mengejutkan ibu bapa murid itu didakwa meminta ‘wang damai’ sebanyak 50 juta rupiah (RM15,000) dan menggesa Supriyani untuk berhenti mengajar.

Walau bagaimanapun, Supriyani enggan memenuhi tuntutan tersebut kerana merasakan dirinya tidak bersalah dan tidak mampu membayar jumlah tersebut.

Selepas beberapa hari dipenjarakan sejak 16 Oktober, guru itu akhirnya dibebaskan sementara oleh mahkamah dan menunggu perbicaraan pertama kes tersebut yang dijadualkan pada Khamis ini.

Ohmedia photo 6107000929053163034 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas