Connect with us

Oh! Media

Dikecam Ganggu Privasi Gara-Gara Rakam TokTi Di ATM, Wanita Ini Mohon Maaf

Trending

Dikecam Ganggu Privasi Gara-Gara Rakam TokTi Di ATM, Wanita Ini Mohon Maaf

Tindakan seorang wanita merakam momen indah berjumpa penyanyi kesayangan, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima respon kurang senang netizen.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Pertama Kali Dengar TokTi Marah Aafiyah. Reaksi Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah!

Netizen merasakan individu itu telah mengganggu privasi penyanyi yang mesra disapa TokTi, kerana ketika itu dia sedang mengeluarkan wang di mesin ATM.

@yanaothmannn Kakak kite terserempak dengan @toktitiktok kat atm machine. Rezeki lah jumpe tokti tu. Dah lama dia nak jumpa idola dia tu. #fyp #sitinurhaliza #ctdk #tokti ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Netizen berpendapat individu ini tidak sepatutnya merakam kerana Siti Nurhaliza sedang melakukan urusan peribadi. Tambahan pula video telah menampakkan screen ATM meskipun butiran tidak kelihatan.

Memberi maklum balas kepada kecaman itu, wanita ini tampil memohon maaf dan menjelaskan rakaman video adalah daripada kakaknya yang terlalu teruja berjumpa penyanyi kesayangan.

Dia sedar akan kekhilafan itu dan mengaku terlalu teruja sehingga lupa akan sesetengah perkara yang peribadi. Tambahan pula pertemuan itu berlaku tanpa disangka-sangka.

Iyalah, dah terlalu seronok kan sampai terlupa benda-benda yang lain. Semoga dijadikan pengajaran.

Kredit: mStar Online, yanaothman_official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas