Connect with us

Oh! Media

“Dah Bertahun Jadi Isu!” – Asnaf Luah Kecewa Bantuan MAIWP Salah Dan Lambat

Ohmedia asnaf bantuan

Oh! Tidak

“Dah Bertahun Jadi Isu!” – Asnaf Luah Kecewa Bantuan MAIWP Salah Dan Lambat

Seorang asnaf dakwa bantuan MAIWP lambat dan salah jenis, tapi netizen pula anggap dia tak bersyukur!

Baru-baru ini tular satu video yang mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila seorang wanita asnaf tampil meluahkan rasa kecewa terhadap bantuan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menerusi video yang dimuat naik oleh AATV Media, wanita dikenali sebagai Puan Putri mempersoalkan kelewatan dan ketidaktepatan bantuan yang diberikan oleh pihak berwajib.

Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, MAIWP bukan saja lambat menyalurkan bantuan, malah tersilap memberikan barangan yang diminta.

IKLAN

Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat dan tak telus.- Katanya kepada media.

Antara yang dipersoalkan ialah bantuan lampin pakai buang untuk anak-anaknya. Beliau memohon jenis seluar (pants) tetapi yang diterima adalah jenis tape.

Netizen tuduh penerima tak bersyukur?

@ipk.tv4

Penerima Bantuan Luah Rasa Kecewa terhadap Pengurusan MAIWP dan Baitulmal Kuala Lumpur, 6 Jun – Seorang penerima bantuan asnaf, Puan Puteri, tampil secara terbuka menyuarakan kekecewaannya terhadap kelewatan dan ketidaktelusan pengurusan bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Baitulmal. Menurut beliau, bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang (pampers) dan susu sering dihantar lewat hingga memakan masa dua hingga tiga bulan. Tambahan pula, berlaku kesilapan penghantaran barangan serta masalah sistem yang menyebabkan permohonan tertangguh atau dibatalkan secara tiba-tiba. “Bukan saya takut, saya ada Allah. Apa yang saya suarakan ini demi membantu golongan asnaf lain yang takut bersuara kerana khuatir bantuan mereka dibatalkan,” tegas Puan Puteri. Beliau juga menyentuh isu bantuan yang masih dihantar walaupun penerima telah meninggal dunia, menyebabkan barangan perlu disimpan atau dijual semula secara tidak rasmi. Hal ini, katanya, berpunca daripada sistem data yang lambat dikemas kini dan tidak efisien. Puan Puteri menyeru agar sistem bantuan MAIWP ditambah baik, beralih kepada sistem dalam talian yang lebih telus dan automatik demi kelangsungan hidup golongan memerlukan. “Semoga Allah memberi hidayah kepada pihak yang terlibat agar urusan bantuan ini berjalan dengan lebih lancar dan adil,” tambahnya.

♬ Never Forgive Me, Never Forget Me – Avith Ortega & Akira Yamaoka

Walaupun niatnya mungkin untuk menuntut penambahbaikan sistem bantuan, ramai netizen pula mempertikaikan caranya bersuara.

Menerusi ruangan komen video berkenaan, segelintir warganet menganggap Puan Putri terlalu memilih dan tidak bersyukur dengan apa yang telah diberikan.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak MAIWP berkenaan isu yang dibangkitkan ini. Namun apa yang pasti, video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pssttt! Bila melibatkan isu bantuan asnaf, sepatutnya tak ada siapa yang patut rasa terabai. Tapi bila suara kecewa diluahkan, ramai pula yang cepat melabel. Tak salah minta penambahbaikan, tapi caranya juga perlu bijak. Dalam masa sama, kita harap pihak berwajib ambil serius dan tingkatkan ketelusan dalam agihan bantuan supaya tiada lagi rasa dikhianati atau disalah erti.

Kredit: IPK TV
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas