
Trending
“Aku Hanya Buat Lukisan” – Fahmi Reza Kena ‘Blacklist’ Masuk Sabah, Dihalang Ke Luar Negara
Pelukis, Fahmi Reza tertanya-tanya apa salahnya sehingga dihalang sebegitu rupa.
Tak pasal-pasal hari jadi dan Hari Raya Aidiladha tahun ni jadi kenangan pahit buat aktivis dan kartunis terkenal, Fahmi Reza.
Dalam satu perkongsian di Facebook, Fahmi mendakwa dirinya telah dihalang keluar negara dan disenarai hitam oleh pihak berkuasa ketika berada di KLIA2 untuk ke Singapura.
Dakwa Fahmi, ini bukan kali pertama dia disekat. Sebelum ini, dia sudah disenarai hitam dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah hanya kerana karya seninya yang mengkritik pelantikan TYT Musa Aman.
Tak dapat naik flight, disekat di airport

Fahmi berkongsi bahawa dia telah merancang perjalanan singkat ke Singapura untuk menonton persembahan dua kumpulan muzik kegemarannya.
Namun dia dikatakan di kaunter imigresen KLIA2 seawal jam 7:30 pagi, beberapa jam sebelum penerbangan dijadualkan berlepas.
Dia diminta duduk di pejabat imigresen sementara pegawai membuat semakan dengan pihak TCO.
Malangnya, selepas semua dokumen seperti pasport, IC, dan tiket penerbangan dicetak dan diserahkan, pegawai imigresen memaklumkan ada larangan daripada ‘Bukit Aman’.
Fahmi kemudian diiring keluar dari kawasan pelepasan dan tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Singapura.
“Apa salah aku?” – Fahmi

Meluahkan rasa kecewa, Fahmi tertanya-tanya apa sebenarnya kesalahan yang dia lakukan hingga menyebabkan dirinya disekat sebegitu rupa.
Dia mendakwa hanya menghasilkan lukisan yang mengkritik kerajaan dan pelantikan politik tertentu, tanpa sebarang niat jenayah.
Kredit: Facebook Fahmi Reza
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
