Oh! Tidak
Baru Lima Hari Suami Meninggal, Isteri Dan Anak OKU Dihalau Dari Rumah Oleh Mentua Ustazah
Seorang balu dan enam anak dihalau dari rumah oleh ibu mentua selepas suami meninggal dunia.
Hidup seorang wanita ini terus diuji apabila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini meninggal dunia.
Apa yang menyedihkan, dia dan anak-anak telah dihalau dari rumah oleh keluarga mentua yang sepatutnya melindungi.
Balu dihalau lepas 5 hari suami meninggal
Memetik laporan mStar, arwah suami meninggalkan enam orang anak termasuk seorang anak istimewa (OKU) yang kini bergantung sepenuhnya kepada si ibu.

Rupa-rupanya semasa hayat perkahwinan, si suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri kerana menurut ‘nasihat’ daripada ibunya sendiri yang juga merupakan seorang ustazah.
Walaupun si isteri bekerja, tanggungjawab nafkah tetap wajib diberikan oleh si suami, namun ia diketepikan begitu sahaja.
Mak mentua yang merupakan seorang ustazah bagi nasihat dekat anaknya supaya tak payah bagi nafkah sebab isteri bekerja. Baru lima hari suami meninggal, dia dah kena halau dari rumah. Mak mentua cakap dia boleh kahwin baru, harta yang tinggal kena faraid.
Kisah ini diceritakan seorang pengguna Threads mengakui isteri merupakan sepupu rapatnya. Katanya lagi, sudahlah hak semasa hidup tidak ditunaikan, selepas suami meninggal dunia dihalau pula dari rumah sendiri.
Situasi ini membuka mata ramai bahawa ilmu agama bukan sekadar untuk disebut, tetapi harus diamalkan dengan hati yang bersih dan ikhlas.
BACA: Hibah Takaful RM1 Juta Dicabar Keluarga Arwah Suami, Mahkamah Putuskan Wang Jadi Faraid
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM