
Oh! Tidak
Lelaki Dicekup Curi Mesin Rumput Di Rumah Bekas MB Kedah, Dipenjara 30 Bulan
Seorang peniaga pasar malam mengaku bersalah atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri.
Seorang lelaki akhirnya menerima hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mencuri mesin rumput di rumah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.
Lapor Kosmo!, selain hukuman penjara, tertuduh turut dikenakan denda sebanyak RM1,500 oleh Majistret Nur Syifa Mohd. Hamzah.
Penjara 30 bulan dan denda RM1,500

Jika gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan selama enam bulan.
Dilaporkan, kejadian ceroboh masuk kediaman bekas MB Kedah itu berlaku sekitar jam 2.50 pagi pada 29 Mei lalu.

Menurut fakta kes, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sharmila Md Asri menjelaskan bahawa ini bukan kesalahan pertama tertuduh kerana dia pernah mempunyai rekod lampau.
Wakil peguam dari Yayasan Biro Bantuan Guaman, Aina Shafina Idrus Said dalam rayuannya memberitahu tertuduh terpaksa menyara isteri dan ibu bapa yang uzur selain pendapatan tidak menentu.
Namun begitu, pihak pendakwaan tetap meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, lebih-lebih lagi kerana ia merupakan kesalahan kali kedua tertuduh.
