Connect with us

Oh! Media

“Dah Baca ES..” – Bukit Aman Beri Amaran Berhubung Penyebaran Kononnya Fakta Siasatan Kes Zayn Rayyan

edisi siasat

Oh! Tidak

“Dah Baca ES..” – Bukit Aman Beri Amaran Berhubung Penyebaran Kononnya Fakta Siasatan Kes Zayn Rayyan

Sejak malam tadi, kecoh di media sosial tentang tersebarnya maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan. Jika lihat di ruangan komen, netizen juga sudah mula berkongsi perkara itu dan memaklumkan mereka sudah membaca semuanya di ‘ES’.

ADVERTISEMENT

BACA: Adik Zayn Rayyan Tidak Bersama Keluarga, Dijaga JKM Selangor

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bagaimanapun memberi amaran untuk mana-mana individu tidak menyebarkan maklumat tanpa dipastikan kesahihannya.

Saya ingin katakan sekali lagi, segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan (pelaku) kemudian kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan.

Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri.

Dalam pada itu pihak polis turut meminta bantuan MCMC bagi menyekat segala penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial.

Akan siasat pihak yang sebarkan maklumat…

Kita akan menyiasat sehingga ke akar umbi untuk kenal pasti pihak yang menyebarkan maklumat berkenaan.

Saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pihak itu kerana segala penat jerih rakan-rakan (pasukan siasatan) yang lain dalam menyiasat (kes Zayn Rayyan) boleh tergugat dengan perkara yang berlaku ini.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily menegaskan bahawa siasatan membabitkan kes Zayn Rayyan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sudah selesai, namun tidak menolak meneruskan siasatan mengikut seksyen itu sekiranya ada keperluan untuk perbicaraan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas