Connect with us

Oh! Media

zayn rayyan

Trending

Adik Zayn Rayyan Tidak Bersama Keluarga, Dijaga JKM Selangor

Walaupun ibu bapa Zayn Rayyan dibebaskan dengan ikat jamin, adik kepada arwah kini tidak berada bersama keluarga itu tetapi berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

BACA: Pasukan Pembelaan Ibu Bapa Zayn Rayyan Mohon Perintah Larangan Bersuara

IKLAN

Memetik laporan Harian Metro, pihak JKM sebelum ini telah hadir ke rumah keluarga yang menjaga adik Zayn di Puncak Bestari dan telah dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.

Perkara itu turut disahkan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim di mana terdapat keperluan untuk pihak JKM melakukan perkara itu.

Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil.

Sebelum ini, ibu bapa Zayn Rayyan tidak dituduh membunuh tetapi dituduh telah mengabaikan anak mereka sehingga mendatangkan kecederaan. Mereka berdua bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas