Connect with us

Oh! Media

KKM Akan Guna Ubat ‘Antivirus’ Buat Pesakit Berisiko Tinggi

ubat antivirus

COVID-19

KKM Akan Guna Ubat ‘Antivirus’ Buat Pesakit Berisiko Tinggi

Ubat antivirus untuk merawat pesakit yang terkena wabak Covid-19 akan mula digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memantapkan lagi Kaedah Penjagaan Klinikal pesakit Covid-19.

ADVERTISEMENT

BACA: Omicron Bukan ‘Konspirasi’ Kerajaan Untuk Elak Rakyat Sambut Hari Raya – KJ

Ubat antivirus ini akan diberikan kepada pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi pada peringkat awal semasa mempunyai gejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk.

Warga emas mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang teruk

ubat antivirus

Menerusi laporan Sinar Harian, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan rawatan antivirus ini akan diberikan kepada pesakit di klinik kesihatan, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan pesakit yang dimasukkan ke dalam wad hospital.

Rawatan tersebut akan diberikan setelah bekalan ubat antivirus itu tersedia.

Buat masa ini, terdapat lebih kurang sejuta warga emas yang belum mengambil dos penggalak. Data harian juga menunjukkan individu yang belum mengambil suntikan vaksin adalah sembilan kali lebih mudah untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan terlibat dengan kematian akibat Covid-19 berbanding mereka yang sudah lengkap vaksin.

Risiko jangkitan Covid-19 yang teruk juga adalah lebih tinggi dalam kalangan warga emas. Daripada 32,034 kematian sehingga 6 Februari, sebanyak 18,362 atau 57.32 peratus melibatkan warga emas.

Namun, peningkatan kes Covid-19 buat masa ini masih tidak menjejaskan sistem kesihatan negara walaupun berdepan dengan ancaman varian Omicron yang mudah merebak.

Ini sebahagian besarnya disumbang oleh pencapaian liputan vaksinasi lengkap bagi populasi yang tinggi.

Atas langkah proaktif KKM, kita berjaya ‘memperlahankan’ ketibaan varian Omicron. Kawalan sempadan seperti penangguhan umrah sebelum ini merupakan langkah memperlahankan gelombang Omicron.

Semoga negara kita sentiasa dilindungi dan ubat antivirus yang bakal digunakan ini mampu mencegah pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi dari terkena jangkitan yang lebih teruk.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas