Connect with us

Oh! Media

Bapa Dituduh Kedekut Gara-Gara Buat Sendiri Pelamin Anak, Ini Kisah Sebenarnya..

Trending

Bapa Dituduh Kedekut Gara-Gara Buat Sendiri Pelamin Anak, Ini Kisah Sebenarnya..

Demi menggembirakan anak tercinta, seorang bapa sanggup membina sendiri khemah dan pelamin nikah anak yang mengambil masa dua bulan.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Wajah Pengantin Masam Ketika Bersanding, Pelamin Bertemakan Doraemon

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini mula tular selepas anaknya, Marta memuat naik video kenangan di aplikasi TikTok.

Dalam video itu, dia menunjukkan kegigihan bapanya membina stage, pelamin serta hiasan dengan menggunakan buluh, papan dan kain sahaja.

Perkongsian itu sehingga kini mendapat lebih 2 juta tontonan. Rata-rata memuji kreativiti sang ayah yang melakukan semuanya sendiri dari A-Z.

Namun, ada pula yang mengecam tindakan itu dengan menyatakan bapa seorang yang kedekut. Jawab si anak, ayahnya bukanlah kedekut tetapi perkataan yang lebih tepat adalah tidak berkemampuan.

Itu bukti sayangnya ayah kepada aku. Bukan aku ingin yang mewah. Yang biasa pun sudah buat aku bahagia. Ayah aku bukan kedekut.

Tambah gadis ini, walaupun khemah hanya diperbuat daripada buluh ianya memerlukan duit juga. Malah, proses membinanya mengambil masa sehingga dua bulan.

@martamonita

Balas @kthyour acara udah selesai, ayah udah ganti baju tapi masih pengen foto sama aku di depan hasil dekorasinya 😁##fypシ ##fyp ##fypdongggggggg

♬ suara asli – Marta Monita

Memetik laporan TribunNews, bapanya yang dikenali sebagai Suyanto hanya mampu melihat menggunakan sebelah mata sahaja selepas kornea mata mengalami masalah sejak beberapa tahun lalu.

Anaknya, Marta mengakui bimbang pelamin tidak sempat disiapkan dan meminta untuk menyewa sahaja tetapi ayah tidak membenarkannya.

Selain kerana tidak berkemampuan, si ayah mahu meninggalkan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan anaknya. Itu merupakan hadiah perkahwinan buat anaknya.

Kredit: TikTok Marta Monita, TribunNews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas