Oh! Tidak
Anak Pengasas Dnars Dikecam, Netizen Berang Minta ‘Sponsor’ Makanan Untuk Majlis – “Mampu Tapi Nak Free?”
Irdina, yang merupakan anak perempuan kepada pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban menerima kecaman hebat netizen di aplikasi X kerana didakwa meminta makanan secara percuma untuk majlisnya.
Dalam video yang dikongsi, Irdina menyatakan hasrat untuk membantu peniaga kecil dengan memberikan ‘free marketing’ bagi mereka yang tidak mampu membayar iklan.
Usahawan minta sponsor makanan dibalas marketing percuma?
Irdina menawarkan untuk membuat ulasan percuma kepada mana-mana syarikat katering yang sanggup menaja makanan bagi 150 ke 200 orang pada majlis bertarikh 11 Oktober 2024.
Namun katanya, dia akan menapis dahulu siapa yang berminat sebelum bersetuju. Irdina meletakkan syarat makanan yang disediakan perlulah bersih dan sedap walaupun menu biasa-biasa sahaja.
Boleh komen nanti saya pilih yang mana saya nak bagi review secara percuma. Untuk korang yang sponsor sebarang pencuci mulut, kek, saya akan bantu perniagaan korang untuk promote, saya akan update dekat semua platform saya dan saya takkan padam.
Namun, tawaran Irdina itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada warganet di X. Ramai yang mendakwa tindakan tersebut tidak wajar memandangkan Irdina mempunyai kemampuan untuk membayar makanan yang diperlukan.

Ada yang berpendapat, jika benar niatnya untuk membantu peniaga kecil, sepatutnya dia membeli dan memberikan ulasan secara ikhlas, bukan meminta makanan secara percuma.
#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, niat baik pun boleh disalah tafsir kalau cara kita tak kena. Kalau betul kita nak bantu orang, buatlah dengan ikhlas tanpa perlu ada balasan atau harapan tertentu. Lagipun, kalau kita mampu, apa salahnya kita bayar sendiri dan sokong perniagaan mereka dengan cara yang lebih telus dan jujur.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM