Oh! Negara
Kaum Akan Terancam Kalau Parti Tertentu Memerintah? BN Bidas Politik Takut-Takutkan Rakyat
BN tolak sentimen perkauman dan politik ketakutan, tegaskan komitmen pertahan perpaduan negara.
Pada
BN tolak sentimen perkauman dan politik ketakutan, tegaskan komitmen pertahan perpaduan negara.
Oleh
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pendirian mereka selepas isu perkauman dijadikan bahan politik.
Menerusi satu kenyataan, BN menolak sebarang kenyataan yang boleh menghidupkan sentimen perkauman serta menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata, BN merupakan gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad bahawa Malaysia mampu dibangunkan atas asas perkongsian kuasa, saling menghormati dan kesederhanaan.

Rekod itu menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara. BN menegaskan parti itu tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia.
BN turut menolak politik ketakutan yang didakwa terus dimainkan pihak tertentu dengan menggambarkan kononnya sesuatu kaum akan terancam sekiranya kerjasama politik parti tertentu memerintah.

Menurut BN, politik seperti itu berbahaya kerana boleh mengundang curiga, prasangka dan kebencian dalam masyarakat.
Dalam kenyataan sama, BN turut menjelaskan bahawa persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak bermaksud parti itu menggadaikan prinsip perjuangannya.
BN juga menyatakan komitmen untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta formula kenegaraan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak sah semua warganegara.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Adly Zahari cabar BN kemukakan bukti dakwaan 97 peratus manifesto PRN Melaka sudah dilaksanakan menjelang pilihan...
Penyandang DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem hadir ke pusat penamaan calon PRN Melaka...
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese menggesa Indonesia mempertimbangkan semula penglibatannya dalam Board of...
Seorang bekas anggota polis memohon Peguam Negara meneliti semula laporan polis dibuat pada 2015 berhubung dakwaan...
Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad selesai memberikan keterangan lebih tiga...