Connect with us

Oh! Media

Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji

Ohmedia asyraf wajdi saman

Oh! Negara

Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi tuntut RM5 juta daripada dua individu yang didakwa memfitnahnya dalam isu Tabung Haji.

Asyraf Wajdi Dusuki mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang didakwa mengaitkan dirinya dengan isu melibatkan Lembaga Tabung Haji.

Tindakan itu dibuat selepas beliau mendakwa reputasi dan maruahnya telah terjejas akibat kenyataan berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat itu, peguamnya telah diarahkan mengeluarkan surat tuntutan kepada kedua-dua individu terbabit sebagai langkah awal sebelum saman difailkan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

IKLAN

Dr Ismail Salleh dan Abied Abdullah disaman Asyraf Wajdi

Kredit Foto Facebook Dr Ismail Salleh

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan peguamnya, Datuk Adnan Seman, telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Amanah Negara, Datuk Dr Ismail Salleh serta pemilik akaun media sosial Abied Abdullah.

Kredit Foto Facebook Abied Abdullah

Saya telah arahkan peguam saya, Adnan mengeluarkan LOD ke atas Ismail dan pemilik akaun Abied Abdullah (Habin Faisal Mohamed) yang memfitnah, mengaibkan, menjatuhkan reputasi dan cuba mengaitkan saya dengan isu TH dengan tuntutan permohonan maaf, menarik balik kenyataan, akujanji dan ganti rugi berjumlah RM5 Juta dan jika gagal saman akan difailkan.- Kkatanya.

Dakwa reputasi dan maruah tercemar

Asyrafwajdi

Terdahulu, Asyraf berkata tindakan itu diambil selepas kedua-dua individu berkenaan didakwa menyebarkan kenyataan yang mengaitkan beliau dengan isu membabitkan Tabung Haji.

Beliau mendakwa kenyataan tersebut telah mencemarkan reputasi dan maruahnya, sekali gus mendorong beliau mengambil tindakan melalui saluran undang-undang.

Ohmedia ohmedia marajpg

InsyaAllah, jika menang saman fitnah ini kelak, saya berjanji dan bertekad untuk salurkan setiap sen yang diperolehi ke Yayasan Pelajaran MARA bagi membantu anak-anak pelajar yang miskin dan susah untuk menyambung pengajian mereka.- Katanya.

Dalam hantaran sama, Asyraf turut berjanji akan menyalurkan keseluruhan wang ganti rugi yang diterima kepada Yayasan Pelajaran MARA sekiranya beliau berjaya memenangi saman fitnah tersebut.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas