
Trending
“Jika Betul Saya Nak Sponsor Saya Dah Update Sebulan Lepas” – Abang Viva
Oleh
Gara-gara berseloroh meminta tajaan bagi majlis resepsi perkahwinannya, perkongsian Abang Viva di Facebook teruk dihujani dengan kecaman daripada sesetengah warganet.
BACA: “Buat Secara Kecil-Kecilan, Kalau Nak Sponsor Dialu-Alukan” – Abang Viva Bersanding 31 Disember Ini
Tidak berdiam diri, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar tampil menjelaskan perkara yang sebenar.
Menurutnya, perkongsian tersebut merupakan satu gurauan yang dibuatnya bersama para pengikutnya semata-mata.
Assalamualaikum, pertama saya mintak maaf pasal post saya yang lepas berkenaan isu sponsor.
Kalau tengok betul-betul, itu saya buat gurauan, mintak semua jangan besarkan isu tu.
Niat saya hanya lah untuk memberitahu kepda semua tentang majlis yang akan diadakan.
Abang Viva turut mendedahkan bahawa sekiranya benar dia inginkan tajaan buat majlis perkahwinannya, sudah tentu dia sudah menyatakan hasratnya itu sejak sebulan yang lalu.
Kalau diikutkan tinggal berapa hari je lagi, jika betul saya nak sponsor saya dah update seblan lepas.
Maaf sekali lagi di atas kesalahpahaman semua.
Ni siapa yang pembaris sangat ni? Kalau baca pun tahu status ditulis Abang Viva tu gurauan semata-mata.
Kredit: Facebook Abang Viva
