Connect with us

Oh! Media

Anak Patah Kaki Didakwa Dihempas Guru KAFA, Ibu Fail Ganti Rugi RM410,000

Oh! Tidak

Anak Patah Kaki Didakwa Dihempas Guru KAFA, Ibu Fail Ganti Rugi RM410,000

Seorang murid lelaki tahun tiga patah kaki didakwa akibat dihempas seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah rendah di daerah Marang, Terengganu.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku pada 6 Julai tahun lalu menyebabkan guru didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terbaru, Buletin TV3 melaporkan ibu Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan iaitu Nor Azlina Mohamad Yasin melalui Firma Guaman Tetuan Rafaei & Co. menfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak RM410,000.

Dalam tuntutan itu, Ahmad Mursyidin Abdullah dinamakan sebagai defendan pertama manakala Yayasan Islam Terengganu sebagai defendan kedua.

Foto: Buletin TV3

Tuntutan yang dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menuntut perintah ganti rugi am, ganti rugi teladan, dan ganti rugi teruk daripada kedua dua defendan.

Ibu mangsa mendakwa pihak guru cuai sehingga menyebabkan anaknya cedera dan berisiko mengalami kecacatan kekal serta trauma. Sehingga kini anaknya masih dapat rawatan psikiatri di hospital.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas