
Oh! Tidak
Alya Iman Didakwa Perosak Rumah Tangga Zizi Kirana, Ini Apa Kata Tuan Badan
Alya Iman didakwa jadi punca pergolakan rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Pelakon jelita, Alya Iman tampil memberi penjelasan selepas netizen mula menuduhnya sebagai punca pergolakan rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Menurut laporan mStar, semuanya gara-gara kemunculan mereka dalam sebuah drama yang kini sedang ditayangkan.
Saya tiada kena mengena… hanya sebab drama kami tengah tayang sekarang, saya pula kena serang.
Tambah Alya, dia sendiri terkejut dengan serangan di TikTok dan menyifatkan tindakan menyalahkan dirinya sebagai tidak adil.
“Saya tak pernah simpan nombor dia” – Alya Iman

Walaupun pernah dikaitkan dengan beberapa isu ‘penyondol’ sebelum ini, Alya tetap teguh menafikan dakwaan terbaharu ini.
Kami di set memang baik, saya anggap dia macam abang saja. Saya sangat profesional… saya tak simpan nombor dia pun!
Jelasnya lagi, dia sangat menjaga batas apabila bekerja dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.
Akui penat kena fitnah

Dalam kenyataan yang lebih tegas, Alya turut menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk ambil tahu mengenai kontroversi yang tidak ada kaitan dengan dirinya.
Saya tak kisah kalau viral sebab saya sendiri buat, macam pakai baju seksi… saya sedia hadap. Tapi kalau fitnah macam ni, saya penat.
Alya juga berharap agar namanya tidak lagi dikaitkan dengan kes orang ketiga, kerana dia berusaha menjaga reputasinya di mata umum.
Pssttt! Jangan cepat menjatuhkan hukum tanpa bukti yang sahih. Tak semua drama dalam skrin berlaku di dunia sebenar. Hormati privasi dan maruah orang lain.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
