Oh! Artis
“Saya Pilih Tak Ulas Panjang” – Zizi Kirana Tampil Jelaskan Isu ‘Unfollow’ Dengan Yusuf Bahrin
Penyanyi rap Zizi Kirana akhirnya bersuara mengenai isu ‘unfollow’ suami di Instagram.
Tiada angin tiada ribut, rumah tangga penyanyi terkenal Zizi Kirana baru-baru ini dikatakan goyah. Dakwaan timbul selepas netizen menyiasat pasangan ini saling tidak mengikuti di Instagram.
Malah kata netizen, Zizi telah memadam gambar sambutan hari lahir Yusuf pada 8 Jun lalu, Yusuf pula hanya kongsi perkembangan kerja. Biar betul?
BACA: Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Tak Lagi Follow Di Instagram
Terbaru, penyanyi lagu Terkemuka ini menerusi Instagram Story menjelaskan bahawa isu-isu lama termasuk status dan video dari 2022 telah diambil semula tanpa konteks lalu menimbulkan tafsiran.
Penjelasan Zizi Kirana

Dia menegaskan seni tulen tidak memerlukan ‘kisah peribadi sesiapa’ untuk menyerlahkan bakat.
Saya menulis dan berkongsi sebagai seorang manusia sama seperti kalian, bukan untuk dijadikan babak tambahan dalam cerita sesiapa.
Zizi mengakui dia memilih untuk tidak mengulas lebih panjang dan terus mendoakan yang terbaik untuk semua, termasuk dirinya sendiri.
Pssttt! Kenyataan ini jelas menunjukkan dia mahu fokus kepada kerjaya dan kesejahteraan, bukan gosip.
Kredit: Instagram Zizi Kirana
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Nada kenyataan itu menunjukkan dia mahu fokus kepada kerjaya dan kesejahteraan, bukan gosip.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM