Connect with us

Oh! Media

Sony Tarik ‘Cyberpunk 2077’ Dari Playstation Store

Oh! Tech

Sony Tarik ‘Cyberpunk 2077’ Dari Playstation Store

Cyberpunk 2077 adalah diantara permainan video yang paling dinantikan oleh semua pengguna termasuklah pengkritik ‘games’, tetapi sejak ia dilancarkan permainan video itu dilaporkan telah menerima pelbagai isu terutamanya mengenai gangguan (bugs) dalam permainan video itu.

ADVERTISEMENT

Platform permainan konsol paling popular, Sony Interactive Entertainment (SIE) dilaporkan telah pun menarik semula pemainan video yang dikatakan paling ‘hype’ 2020 iaitu Cyberpunk 2077 daripada PlayStation Store (PS Store) kerana ia dikatakan tidak mencapai ‘kepuasan pengguna.’

Cyberpunk 2077 telah dilaporkan mengalami pelbagai masalah di dalam platform itu dan Sony juga turut menerima aduan daripada pengguna yang mengenai gangguan permainan (bugs), isu keserasian sistem dan juga isu kesihatan kepada pemain.

Disebabkan itu, Sony telah menarik balik Cyberpunk 2077 dari Playstation Store, dan keputusan dibuat berdasarkan kepada aduan pengguna.

SIE sentiasa memastikan kepuasan pengguna berada pada tahap terbaik dan pengguna yang membeli judul permainan itu menerusi PS Store akan menerima pemulangan wang secara penuh mengikut peringkat.

SIE juga telah mengeluarkan Cyberpunk 2077 daripada PS Store sehingga suatu masa yang akan diberitahu semula. – Sony Interactive Entertainment.

Walaupun menerusi platform desktop (pc), ‘game’ itu dikatakan lebih stabil, tetapi untuk platform konsol iaiya mengalami pelbagai masalah.

Pencipta Cyberpunk 2077 dikatakan masih lagi sedang berusaha untuk mencari penyelesaian berhubung isu ‘kesihatan pemain’ dan ‘update’ baru juga akan dilancarkan sebaik isu itu berjaya ditangani sebaiknya.

Kredit: Harian Metro, AskPlayStation

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas