Connect with us

Oh! Media

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

sony

Oh! Tech

Sony Umum Pasarkan INZONE Buds Dengan Harga RM899 Seunit

Baru-baru ini, Sony telah mengumumkan keluaran set fon telinga baharu dengan tumpuan terhadap gaming iaitu INZONE Buds. 

ADVERTISEMENT

INZONE Buds dilengkapi pelbagai ciri dan teknologi audio yang mampu menawarkan pengalaman permainan premium dan latensi rendah.

Kini, Sony INZONE Buds boleh mula dipasarkan di Malaysia dengan harga RM899 seunit.

Spesifikasi Sony INZONE Buds

Rekaan INZONE Buds menampilkan fon jenis dalam telinga ringan yang juga dilengkapi putik silikon, malah kotak simpanan juga disediakan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Tambahan, serasi digunakan bersama pelbagai peranti termasuk PS5 menerusi dongel sambungan USB-C yang diberikan bersama.

Sony

Bukan itu sahaja, sepasang pemandu audio sebesar 8.4mm digunakan dengan pembatalan hingar aktif terbina.

Ia membolehkan pengguna membatalkan bunyi latar belakang seterusnya memberi tumpuan terhadap permainan dengan lebih baik.

Malah, ia juga mempunyai ciri audio 360 darjah untuk pengalaman audio maya daripada kesemua arah.

Sony

Dari segi bateri pula, boleh digunakan sehingga 12 jam dengan dongle nirwayar ultra-rendah latensi khusus.

Menariknya, pengecasan semula lima minit boleh menawarkan masa penggunaan lebih kurang satu jam. 

Penggunaan bersama aplikasi HAB INZONE amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan.

BACA: Sony LinkBuds S Limited Edition Violet Mula Masuki Pasaran Malaysia

Sebelum ini kami ada kongsikan, Sony telah mengemaskini warna baharu untuk set fon telinga nirwayar LinkBuds S.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Bella bersikap macam tu sebab dia taknak la pisang berbuah lagi kan ☺️ #aliffaziz #bellaastillah #sophiaalbarakbah #gv10 #kescurang #hj #ohartis #ohmedia

♬ Dauni (Remix) – Habib syeh

  • sony
  • sony

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas