Connect with us

Oh! Media

Sony LinkBuds S Limited Edition Violet Mula Masuki Pasaran Malaysia

Ohmedia  Sony

Oh! Geekz

Sony LinkBuds S Limited Edition Violet Mula Masuki Pasaran Malaysia

Baru-baru ini, Sony telah mengemaskini warna baharu untuk set fon telinga nirwayar LinkBuds S.

Menerusi laman web rasmiya, fon telinga ini disenaraikan pada harga RM599 dengan sesi pratempah yang dibuka sekarang dan ketersediaan pula bermula 1 November 2023.

Spesifikasi Sony LinkBuds S Limited Edition Violet

Terdahulu, Sony LinkBuds mempunya beberapa variasi warna iaitu White, Black, Ercu dan Earth Blue kini, ia menawarkan warna Violet.

IKLAN

Sony

Sony LinkBuds S Limited Edition Violet dilengkapi kemasan serba ungu dengan sentuhan menarik yang menghasilkan tekstur seakan batu marmar.

Tambahan, sebahagian besar tubuhnya diperbuat daripada bahan kitar semula termasuklah pada bahagian pod pengecas dan fon telinga itu sendiri.

Dalam pada itu, tiada perubahan besar untuk spesifikasi dilakukan namun terdapat penambahan dua mod EQ yang dioptimumkan untuk setiap album penyanyi Olivia Rodrigo.

Ini kerana pengenalan fon telinga Sony LinkBuds S Limited Edition Violet adalah kerjasama diantara Sony dan penyanyi itu sendiri.

Sony

BACA: Sony Akan Lancarkan Xperia Terbaru Pada 11 Mei Ini

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai Sony yang merupakan sebuah syarikat elektronik terkenal akan melancarkan telefon pintar generasi Xperia.

Kredit: Sony Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Linkbuds sjpg
  • Linkbuds s violet malaysia 950x503jpg
  • Linkbuds s violet lifestyle 1 2 3
  • Linkbuds s violet lifestyle 1 2 3 1
  • Ohmedia  Sony
  • Linkbuds sjpg
  • Linkbuds s violet malaysia 950x503jpg
  • Linkbuds s violet lifestyle 1 2 3
  • Linkbuds s violet lifestyle 1 2 3 1
  • Ohmedia  Sony

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas