Connect with us

Oh! Media

Polis Tak Teragak-Agak Cadang Tutup Pusat Rekreasi?

Pusat rekreasi

Oh! Tech

Polis Tak Teragak-Agak Cadang Tutup Pusat Rekreasi?

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor telah beralih ke Fasa 2 PPN dan perkara ini membolehkan penduduk di 3 buah negeri ini melakukan aktiviti rentas daerah. Mesti ramai yang keluar bersama keluarga untuk beriadah dan sebagainya kan?

ADVERTISEMENT

BACA : KL Dan Putrajaya Beralih Ke Fasa 2 Jumaat Ini?

Menurut laporan Berita Harian, polis tidak teragak-agak mencadangkan kepada pihak berkuasa agar pusat rekreasi ditutup semula sekiranya orang awam tidak melakukan penjarakkan sosial ketika berada di luar.

Pihak polis akan membuat pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan Lembah Klang dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff.

Polis menyedari keghairahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama membabitkan warga Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Bagaimanapun, jika keadaan tidak dapat dikawal akibat kesesakan dan pengunjung terlalu ramai, polis tidak teragak-agak untuk mencadangkan supaya pusat rekreasi ditutup.

Tapi betul juga kan? Nanti bila kes meningkat balik, kita semua yang susah. Apapun, jangan lupa untuk mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas