Connect with us

Oh! Media

Pelik Kenapa Tak Lulus eMADANI? Ini Punca Sebenar

Ohmedia emadani

Oh! Geekz

Pelik Kenapa Tak Lulus eMADANI? Ini Punca Sebenar

Sedia maklum, kerajaan telah mengeluarkan inisiatif baharu kepada rakyat iaitu menuntut bantuan eMADANI sebanyak RM100 bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Usaha kerajaan ini juga diwujudkan bagi menggalakkan pengunaan pembayaran tanpa tunai dan meringankan beban kewangan rakyat.

Difahamkan, kredit berkenaan dapat ditebus melalui 4 perkhidmatan e-dompet yang terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

IKLAN

BACA: Ini Cara Betul Untuk Tebus RM100 eMADANI

Namun, timbul beberapa persoalan apabila sesetengah orang ramai tidak berjaya menebus eMADANI oleh kerana beberapa punca.

Photo1701663122

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan penebusan eMADANI mereka tidak lulus:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama atau nombor kad pengenalan korang
  • Format nama dan nombor kad pengenalan yang diisi adalah salah (contoh: nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad korang
  • Nombor kad pengenalan korang tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman korang tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau korang bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN korang mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini korang. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Tambahan, bagi pengguna yang gagal untuk menebus bantuan kredit ini boleh mencuba lagi selepas lima minit disebabkan ralat sistem.

Kredit: KerajaanKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Photo1701663122
  • Ohmedia emadani
  • Photo1701663122
  • Ohmedia emadani

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas