Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Kenapa Korang Perlu Jadikan HUAWEI Matebook D16 Sebagai Laptop Pilihan

Oh! Tech

Ini Sebab Kenapa Korang Perlu Jadikan HUAWEI Matebook D16 Sebagai Laptop Pilihan

Sekarang ni laptop dah jadi satu keperluan untuk kita semua dan mesti ramai yang tengah cari laptop terbaik dengan harga yang berbaloi kan? Meh kami nak share sikit kenapa korang kena jadikan HUAWEI Matebook D16 sebagai pilihan.

ADVERTISEMENT

Tingkatkan produktiviti dengan Intel CoreTM Gen-12

HUAWEI Matebook D16 ini hadir dengan cip pemprosesan Intel CoreTM generasi ke-12 yang sememangnya akan buat hati korang tenang je bila buat kerja. Serius puas hati gila!

Sebagai seorang penulis, duduk depan laptop ni dah jadi satu kebiasaan. Bila dah beberapa hari guna Matebook D16 ini, pengalaman menaip tu memang selesa sangat dan secara tak langsung akan meningkat produktiviti kita untuk jalankan kerja. Tak tipu..

Antena Mateline, Internet jadi stabil

Laptop ini juga menyokong antena Mateline. Bila rangkaian korang ada masalah dan sebagainya, internet tetap akan stabil. Ciri ini sangatlah penting tambah lagi bila tengah meeting atau online class, takut ada benda penting yang kita akan terlepas.

Skrin besar, 16 inchi

Dengan paparan FullView 16-inchi pada Matebook D16 ini, korang nak buat apa saja pun jadi senang. Bukan tu jer, skrin boleh jadi lebih besar kalau korang ada tablet sebab kedua-dua ‘device’ ini boleh digabungkan menjadi satu skrin tau.

Kamera AI 1080P

Kalau korang selalu meeting atau kerap buat presentation secara online pun tak perlu risau sebab Matebook D16 ini hadir dengan kamera AI 1080P. Bukan tu jer, siap ada latar belakang maya tau. Nak meeting dekat mana-mana pun tak jadi masalah. Kot-kot tengah duduk dekat restoran, takdelah mamak tengah ambil ‘order’ meja sebelah masuk sekali nanti. Kah!

Serbaguna, bukan hanya untuk kerja

Bukan untuk buat kerja je, korang nak layan movie atau rancangan TV kegemaran korang pun jadi syok tau disebabkan skrinnya yang besar. Menariknya, Matebook D16 ini menyokong teknologi TÜV Rheinland Low Blue Light yang akan memberikan keselesaan pada mata korang. Nak tengok lama-lama pun takde hal lah.

Nak cakap satu je, laptop ni memang takkan mengecewakan korang! Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai HUAWEI Matebook D16 ini boleh pergi ke laman web rasmi HUAWEI Malaysia ya.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas