Connect with us

Oh! Media

Aplikasi Bernas Kitajaga.co Memudahkan Pencarian Golongan Susah

kitajagakita

Oh! Tech

Aplikasi Bernas Kitajaga.co Memudahkan Pencarian Golongan Susah

Di kala situasi pandemik Covid-19 ini, sekumpulan pakar perisian dan teknologi maklumat tempatan telah tampil dengan membangunkan sebuah aplikasi ‘padanan bantuan’. Ini kerana nasib segelintir masyarakat yang mengalami kesempitan hidup dan dibelenggu masalah ketika ini. 

ADVERTISEMENT

Sejak Isnin lalu, aplikasi kitajaga.co yang dicipta oleh Terato Tech, syarikat pembangun produk digital tempatan telahpun viral khususnya di kalangan netizen.

Menurut laporan Berita Harian, antara fungsi yang terdapat di dalam aplikasi kitajaga.co yang menggunakan program aplikasi antara muka (API) Google ini, ia menyediakan informasi mengenai lokasi keluarga atau individu yang memerlukan bantuan dan juga ditanda dengan bendera merah di peta yang terpapar.

Tambahan itu, untuk memudahkan proses bantuan, bagi pihak yang mahu menghulur pertolongan berbentuk makanan atau keperluan harian akan ditanda dengan bendera biru. 

Menurut pengasas Terato Tech, Reza Fahmi Razali, ilham untuk aplikasi ini datang dari hasil perbincangan bersama rakan sekerjanya pada Jumaat lalu.

Beliau juga berkata, sepanjang hujung minggu, mereka bersungguh sungguh menyiapkan rangka dan mencipta aplikasi tersebut sejurus menerima persetujuan dari empat rakan yang lain. 

“Kami kendalikan ujian dulu bagi meneliti kestabilan aplikasi, sebelum melancarkan penggunaannya untuk manfaat umum mulai Isnin.

“Alhamdulillah, bantuan untuk mereka yang memerlukan dapat dipadankan, tetapi kami belum dapat ‘track’ (kesan) sama ada mereka sudah menerima bantuan atau tidak.

“Cuma, saya dapat makluman menerusi mesej di Twitter bahawa lapan individu sudah mendapat bantuan hasil aplikasi ini, malah ramai kawan dan ada YB (Yang Berhormat) turut membantu penduduk terkesan.

“Kami menerima sekitar 60,000 pelawat semalam (Selasa),” katanya.

Di dalam usaha membangunkan kitajaga.co itu, hanya memerlukan modal yang minimum. Tetapi kos agak tinggi untuk Google Maps API, kata Reza. 

Beliau turut berharap agar Google Malaysia akan tampil untuk memastikan aplikasi tersebut dapat digunakan orang ramai untuk waktu yang berpanjangan.

“Kami juga merancang beberapa siri penambahbaikan untuk menyokong kapasiti pengguna yang ramai, selain mengoptimumkan kod aplikasi.

“Selain itu, kita ingin bangunkan cara untuk mengesahkan penerima sudah mendapat bantuan yang mencukupi dan ditanda dalam peta,” katanya.

Orang ramai kini boleh membantu dan meminta bantuan dengan mudah tanpa perlu melalui prosedur-prosedur yang merumitkan melalui laman web yang beralamat di kitajaga.co

Kredit : BeritaHarian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas