Connect with us

Oh! Media

“Saya Orangnya Baik, Lemah Lembut” – Ismail Sabri Buka Mulut Isu Bubar Parlimen

Ismail Sabri - Oh! Media

Oh! Negara

“Saya Orangnya Baik, Lemah Lembut” – Ismail Sabri Buka Mulut Isu Bubar Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pembubaran Parlimen adalah satu isu yang tak patut dipersoalkan.

ADVERTISEMENT

Menurut beliau, pembubaran Parlimen dilakukan mengikut proses yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan.

Pecat kalau tak bubar

Memetik laporan Astro Awani, Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat ekoran 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tidak wajar apabila mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat bantahan.

Ketika mesyuarat Kabinet, beliau mengaku ada menerima banyak pandangan mengenai bubar Parlimen namun akhirnya beliau yang buat keputusan.

Saya beritahu dia orang, kalau you all (awak semua) tak setuju saya bubarkan sahaja Kabinet ni, dengan pecat semua orang, pun saya boleh buat. Silap, patut saya pecat semua sekali.

Akan tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan lembut.

Beliau juga mengatakan ada beri isyarat mengenai hasratnya bubar Parlimen dalam mesyuarat Kabinet terakhir.

Datuk Seri Ismail Sabri juga berkata bahawa jika ahli mesyuarat kabinet tidak bersetuju dengan keputusannya untuk membubarkan Kabinet, beliau sendiri mempunyai kuasa untuk memecat kesemua ahli mesyuarat tersebut.

Tambah beliau, pembangkang sepatutnya seronok Parlimen bubar kerana pembangkang sendiri kata kerajaan hari ini tak sah, ‘kerajaan tebuk atas’, ‘kerajaan tebuk dinding’, ‘kerajaan tebuk pintu belakang’ dan sebagainya.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas