Connect with us

Oh! Media

Rina Harun Maklumkan Kementeriannya Sedia Menghadap TMJ Bincang Kes Penderaan Adik Bella

rina harun

Oh! Negara

Rina Harun Maklumkan Kementeriannya Sedia Menghadap TMJ Bincang Kes Penderaan Adik Bella

Bertindak balas dengan kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris bagi menghantar peguamnya membantu prosiding penderaan adik Bella, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bersedia bekerjasama.

ADVERTISEMENT

BACA: TMJ Pula Bersuara Demi Adik Bella. Habislah Awak Bainun!

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam satu kenyataan rasmi menyatakan kementeriannya menyambut baik pelawaan tersebut.

Kementerian akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam yang dititahkan DYAM Tuanku (Tunku Ismail). Sesungguhnya patik amat terharu dengan keprihatinan yang dizahirkan oleh DYAM Tuanku dan YAM Che’ Puan Besar (Khaleeda Bustamam) yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini.

Bersedia menghadap TMJ

Rina Harun turut memaklumkan pihaknya akan menghadap TMJ bagi membentangkan status terkini kes perbicaraan adik Bella. Ini termasuklah memaklumkan kepada TMJ tentang usaha yang telah dilakukan pihak kementerian bagi menuntut keadilan adik Bella.

Titah DYAM Tuanku yang berkenan menawarkan khidmat peguam secara percuma bagi untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak KPWKM untuk kes ini amatlah bermakna buat pihak Kementerian dalam memperkasakan usaha menegakkan keadilan buat adik Bella.- Jelasnya lagi.

Kita harapkan usaha yang dibina ini dapat membela nasib adik Bella dan semoga kebenaran terungkap hendaknya. Sama-sama kita doakan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas