Connect with us

Oh! Media

TMJ Bagi Duit Raya Dekat Harimau Malaya

ohmedia tmj bagi duit raya harimau malaya

Oh! Arena

TMJ Bagi Duit Raya Dekat Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya bukan saja bermula garang dalam Kelayakan Piala Asia 2027 dengan kemenangan ke atas Nepal, tapi turut menerima kejutan istimewa daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ).

Jika biasanya kemenangan diraikan dengan sorakan penyokong, kali ini pemain turut diraikan dengan ‘duit raya’ daripada TMJ sendiri.

TMJ beri ‘duit raya’ kepada pemain & staf…

image

Dalam satu perkongsian di laman rasmi Malaysia NT, TMJ dikatakan turun padang di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, Johor, untuk memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

IKLAN

Tapi yang paling mencuri perhatian, baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan duit raya kepada pemain, barisan kejurulatihan dan staf sokongan.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat memberikan sokongan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor kelmarin.

Baginda turut berkenan memberikan kurniaan duit raya kepada pemain, barisan kejurulatihan dan semua staf sokongan. Menjunjung kasih, Tuanku.

Memang bertuah skuad Harimau Malaya! Dapat tiga mata penuh, dapat ‘bonus’ pula.

Malaysia bermula ganas, tundukkan Nepal 2-0!

image

Dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim, Malaysia berjaya menundukkan Nepal 2-0 dan membuka kempen dengan langkah kanan.

Kemenangan ini bukan saja permulaan positif untuk era baharu skuad kebangsaan di bawah kendalian Peter Cklamovski, tapi juga membuktikan revolusi TMJ dalam bola sepak Malaysia mula menunjukkan hasil.

#ApaKataOhmedia

Harimau Malaya nampaknya semakin bersemangat dengan sistem baru yang diterapkan TMJ. Selain dari sokongan padu dan pengurusan yang lebih profesional, dorongan macam ini memang boleh meningkatkan lagi moral pemain.

Korang rasa Harimau Malaya ada harapan untuk layak ke Piala Asia sekali lagi?

ohmedia tmj bagi duit raya harimau malaya

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Popular Bulan Ini

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Malaysia Indonesia FIFA ASEAN Cup

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas