Connect with us

Oh! Media

Pendaftaran Pengundi 18 Tahun Secara Automatik Bermula 15 Disember Ini

Pengundi

Oh! Negara

Pendaftaran Pengundi 18 Tahun Secara Automatik Bermula 15 Disember Ini

Warganegara yang berusia 18 tahun dan ke atas menjadi pemilih untuk pilihan raya secara automatik dan ianya akan berkuat kuasa mulai 15 Disember ini. Pergh! Terbaiklah.

ADVERTISEMENT

BACA : Umur 18 Tahun Akan Didaftarkan Secara Automatik Sebagai Pengundi

Menurut laporan Berita Harian, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah perkenan Pindaan Perlembagaan yang diwartakan dan menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh ianya berkuat kuasa.

Cadangan tersebut sebenarnya sudahpun diluluskan pada Julai 2019 lagi di mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 tapi tidak dilaksanakan. 

Pada 3 September lepas, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Ianya diperintahkan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan bahawa perkara tersebut akan dilaksanakan sebelum tarikh itu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas