Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Ditegur – “Jangan Bakar Lebih-Lebih, Takut Berakhir Dalam Penjara”

Ohmedia rafizi ramli puad

Oh! Negara

Rafizi Ramli Ditegur – “Jangan Bakar Lebih-Lebih, Takut Berakhir Dalam Penjara”

Puad Zarkashi beri amaran kepada Rafizi Ramli agar jangan terus kritik parti dan kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi tampil menasihatkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli agar tidak terlalu agresif dalam mengkritik parti dan kerajaan.

Menurut Puad, tindakan Rafizi yang dilihat semakin lantang sejak kehilangan jawatan dalam parti dan melepaskan jawatan menteri itu, boleh membawa padah jika tidak dikawal.

Nasihat saya kepada Rafizi, people who live in glass houses shouldn’t throw stones. (Jangan baling batu jika tinggal dalam rumah kaca).

Takut berakhir dalam penjara. Bakar menteri sudah, berhenti menteri pun sudah. Jangan bakar lebih-lebih. Kes boleh dicari.- Katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Isu podcast ‘yang bakar menteri’ dan dada kritikal Rafizi Ramli…

Rafizi Ramli

Sejak tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan dan parti, Rafizi Ramli tampil lebih kritikal terhadap Kerajaan Madani, termasuk dalam (podcast) miliknya yang dikenali sebagai ‘Yang Bakar Menteri’.

IKLAN

Nada sinis dan penuh sindiran dalam podcast itu mendapat perhatian ramai, malah dilihat sebagai cubaan Rafizi menjarakkan dirinya daripada haluan PKR.

Puad turut mengulas bahawa Rafizi sepatutnya berhati-hati dalam menyampaikan pandangan, lebih-lebih lagi kerana kedudukannya sebelum ini bukan calang-calang.

Cadangan bentuk gabungan baharu gagal?

Rafizi Ramli

Puad turut berkongsi bahawa beliau sebelum ini pernah mencadangkan agar Rafizi bergabung dalam pakatan politik baharu bersama tokoh-tokoh lain seperti Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Namun menurut beliau, usaha itu sukar dilaksanakan kerana masing-masing mempunyai ego dan isu kepimpinan yang belum tentu dapat dipersetujui bersama.

Untuk rekod, Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti hujung bulan lalu.

Keputusan itu membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi yang berkuat kuasa pada 17 Jun lalu.

Pssttt! Bila seseorang dah tak ada kuasa, memang lebih mudah untuk bersuara lantang. Tapi seperti yang disebut oleh Puad, kritik pun ada batasnya. Kita semua bebas bersuara, tapi jangan sampai mengundang masalah lebih besar.

Kredit: Malaysiagazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas