Connect with us

Oh! Media

“Berani Kerana Benar!” – Syed Saddiq Tak Sabar Nak Buktikan Kes Di Mahkamah

Oh! Negara

“Berani Kerana Benar!” – Syed Saddiq Tak Sabar Nak Buktikan Kes Di Mahkamah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Julai lalu dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan pecah amanah dana sebuah parti politik berjumlah RM1 juta dan menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

ADVERTISEMENT

Syed Saddiq walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenar diikat jamin berjumlah RM330,00.

BACA: Syed Saddiq Didakwa Atas Dua Pertuduhan, Mengaku Tidak Bersalah

Terbaru, Syed Saddiq menerusi hantaran di Instagram memaklumkan hari ini merupakan sebutan kes yang pertama dan dia telah memohon mahkamah menyegerakan sebutan kes seterusnya untuk pertukaran dokumen.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu meluahkan rasa tidak sabar untuk membuktikan kesnya di mahkamah yang sudah tertunda sejak setahun lalu. Dakwanya lagi, dalam tempoh setahun itu, beliau menerima pelbagai ugutan dan sogokan.

Terdahulu, media melaporkan Syed Saddiq berdepan dua pertuduhan iaitu penyelewengan dana politik dan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya.

Untuk pertuduhan pertama, kes disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kredit: Instagram Syed Saddiq | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas