Connect with us

Oh! Media

“Apa Kaitan Pas?” – Kongsi Kisah 3 Anak Kelantan Berjaya, Netizen Dakwa PAS ‘Tunggang’ Influencer

Oh! Negara

“Apa Kaitan Pas?” – Kongsi Kisah 3 Anak Kelantan Berjaya, Netizen Dakwa PAS ‘Tunggang’ Influencer

Akaun media sosial PAS Pusat menerima reaksi negatif netizen selepas berkongsi kisah kejayaan tiga orang influencer terkenal berasal dari Kelantan iaitu Khairul Aming, Syahmi Syazli dan Sofyank.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran yang dibuat di Facebook, PAS Pusat memuji kejayaan membanggakan tiga orang pempengaruh itu.

Katanya lagi, anak muda yang lain patut menjadikan tiga figura ini sebagai contoh dalam memanfaatkan segala kemahiran dan peluang yang ada untuk membina diri dan masyarakat.

Di ruangan komen, netizen mempersoalkan adakah kejayaan tiga nama ini ada kaitan dengan parti tersebut. Mereka turut mendakwa PAS mengambil kesempatan dengan ‘menunggang’ nama-nama popular ini.

Mungkin perkongsian ni takde kaitan dengan politik kan? Apa-apa pun tiga pemuda berjaya ni memang layak dijadikan inspirasi semua.

Kredit: Twitter PAS Pusat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas