Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Perbualan WhatsApp Bersama Zahid Hamidi, Annuar Kini Dalam Tempoh Bertenang

Oh! Negara

Muat Naik Perbualan WhatsApp Bersama Zahid Hamidi, Annuar Kini Dalam Tempoh Bertenang

Kecoh di laman sosial apabila Barisan Nasional (BN) dilaporkan telah memecat Setiausaha Agung mereka, Tan Sri Annuar Musa pada Selasa.

ADVERTISEMENT

Ketua Umno Bahagian Ketereh dan Menteri Wilayah Persekutuan itu juga turut mengesahkan bahawa dia telah dipecat oleh ketua Barisan Nasional dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut sumber, Annuar dikatakan bakal diganti dengan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang juga merupakan setiausaha agung bersama Muafakat Nasional (MN) dan keputusan itu juga dibuat selepas pertemuan Umno dengan ketua-ketua bahagiannya di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Pemecatan Annuar itu telah diusul oleh Pemuda Umno Pasir Puteh, yang mengusulkan supaya Annuar dipecat daripada Umno semasa mesyuarat perwakilan pergerakan, selepas Annuar didakwa tidak menghormati presiden parti dan mendahului keputusan parti.

Antara sebab Annuar dipecat berpunca apabila dia dikatakan telah memperjuangkan kenapa perlunya Umno untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen kerajaan Perikatan, dan dia juga telah menentang Zahid yang mengatakan bahawa Umno perlu melakukan cara yang tersendiri untuk memastikannya kekal sebagai parti Melayu yang dominan.

Melalui akaun Twitter rasminya pula, Ahli Parlimen Ketereh itu turut memuat naik ‘screenshoot’ perbualannya bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi WhatsApp selepas menerima khabar tentang pemecatannya.

Saya di beritahu oleh media, saya di pecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional.

Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua jawatan tersebut sebelum ini. – Tulis Annuar kepada Zahid.

Netizen di laman Twitter juga dilihat tidak ketinggalan untuk memberikan kata-kata semangat buat Annuar di ruangan komen.

Jangan risau Tan Sri ramai lagi yang sokong, termasuk warga ketereh. – Tulis beberapa individu di Twitter.

Kredit: Annuar Musa, Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas