Connect with us

Oh! Media

Individu Lelaki Berjaya Selamatkan Anjing Leher Berlubang, Kembali Pulih Jadi ‘Pengawal Peribadi’ Di Kebunnya

anjing

Oh! Inspirasi

Individu Lelaki Berjaya Selamatkan Anjing Leher Berlubang, Kembali Pulih Jadi ‘Pengawal Peribadi’ Di Kebunnya

Baru-baru ini, tular berkenaan seorang lelaki yang membantu seekor anjing yang cedera parah pada bahagian lehernya.

ADVERTISEMENT

Menerusi video tersebut, memaparkan lelaki yang mesra disapa Pak Li sedang berbuat baik kepada binatang kerana ia satu amalan yang amat dituntut dalam Islam.

Tambahan, apa yang menyayat hati apabila keadaan anak anjing tersebut diibaratkan sebagai nyawa-nyawa ikan kerana mengalami kecederaan pada bahagian lehernya.

Kejadian dah tiga bulan lepas, aku terjumpa seekor anak anjing dalam keadaan lemah tak bergerak, terbaring je. Apabila aku pergi dekat dia baru nampak ada lubang dekat leher dia penuh ulat.

Lubang sebesar penumbuk kita. Aku pun cuba ambil dia dan bantu rawat. Lepas dah bersih sikit luka dia dari ulat, aku masukkan minyak gamat.

Selama minggu pertama aku jaga tu, mungkin sebab dah lama sangat dia terbiar, badannya penuh dengan ulat, aku kena setiap hari bersihkan dan mandikan badan dia.

Lepas tu aku bagi dia makan sebab nampak badan anak anjing ni kurus betul. Kemudian aku buatkan satu cap dari bekas minyak masak untuk leher dia, nak halang dia garu luka dekat leher guna kuku kaki.

Dengan penuh semangat pak Li berusaha menyelamatkan anak anjing berkenaan, walaupun pada awalnya tidak menunjukkan petanda positif untuk pulih.

Ada sekali tu badan dia dah lembik sangat tak bermaya, aku hampir saja mahu menyerah kalah sebab aku dah cuba sehabis baik untuk jaga dia. Tapi ketika aku nyaris hilang harapan, anak anjing tu tiba-tiba kembali bertenaga.

Benda ni buatkan aku bersemangat untuk terus jaga anak anjing ni. Aku terus mandikan, bersihkan luka dia, letak minyak dan balut. Kalau ada yang tanya soal pegang anjing, apa yang susahnya, kita sertu je la tangan.

Kita pun dah belajar cara nak sertu dan tanah pun banyak di sekeliling kita.

Malah, selepas beberapa lama menjaga anak anjing yang diberikan nama Bonzer itu akhirnya hampir pulih semula.

Anak anjing tu kini dah boleh ikut aku pergi ke kebun ambil durian, dia jadi kawan dengan seekor lagi anjing yang aku memang bela untuk jaga kebun. Dia semakin sihat, bersemangat dan kuat makan. Luka dia pun dah tertutup.

Kini bertambah seekor lagi penjaga kebun aku. Aku percaya yang apabila Allah datangkan kepada aku anak anjing yang dalam kesusahan ni, bukan makhluk tu yang sedang diuji, tapi aku sebenarnya.

Allah nak tengok hablum minallah (hubungan dengan Allah), hablum minan-nas (hubungan dengan manusia) dan hablum minal-alam (hubungan dengan alam termasuk haiwan).

Alhamdulillah selepas anak anjing ni kembali ceria, aku namakan dia Bonzer sebab dia sangat melindungi tempat aku, kalau ada orang yang tak kenal cuba datang dekat, memang dia bising gila.

Menurut Pak Li, walaupun Bonzer sangat garang sebagai ‘pengawal peribadinya’ namun anak anjing itu sebenarnya sangat manja.

Bonzer sangat manja dengan aku dan suka diusap, aku gembira tengok dia sihat balik dan moga terus dipanjangkan umurnya.

Satu je aku nak pesan, anjing ni makhluk Allah. Mungkin dia najis, tapi ingat, Allah dah ajar pun setiap najis boleh disucikan. Yang kita tak boleh nak bersi itu adalah hat yang hitam.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji usaha baik yang ditunjukkan oleh Pak Li.

Suka dengan prinsip brader ni, anjing yang perlu dibantu, boleh je kita nak pegang tak rumit pun nak sertu balik selepas tu.

Najis boleh disertu dan perikemanusiaan pun penting juga, kata sebahagian warga maya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Peniaga tersebut telah menjelaskan beliau tidak menggunakan bahan terlarang seperti yang dikatakan oleh segelintir pihak. Menurut beliau kedua-dua botol yang digunakannya itu adalah minyak bijan yang biasa digunakan dalam masakan Cina. Bahan tersebut juga diyakini halal cuma kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama. Oleh yang demikian, peniaga Nasi Ayam Claypot akan membuat permohonan sijil halal kepada Jakim dan akan mengikuti kursus berkenaan pada Khamis ini. Kredit: Metro #berandatiktok #nasiayamclaypot #halal #jakim

♬ Hati Siapa Yang Tahu – Fey Perianata

  • anjing
  • anjing

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas