
Oh! Negara
Rafizi ‘Mengamuk’ Dalam PKR? Sindir Pihak Yang Tikam Belakang Tapi Ajak Berdamai
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli nampaknya dah tak tahan dengan kerenah sesetengah ahli dalam parti sendiri yang didakwa bersikap talam dua muka.
Dalam satu ceramah di Dewan Komuniti Taman Cempaka, Perak, Rafizi secara terbuka menyindir golongan ini yang kononnya nak berdamai, padahal merekalah pencetus konflik sebenar.
Marilah kita berdamai? Damai apa kalau kau yang goncang dulu? Oh, kau tikam aku, lepas itu kau minta damai, ya? Mana boleh macam itu, saudara saudari.
Rafizi dedah budaya cantas & senarai hitam semakin berani?

Menurut Rafizi, sejak 2021, PKR memang terbuka dalam pemilihan dan pertandingan sihat sudah menjadi budaya. Tapi kali ini lain macam sikit.
Katanya, ada pihak yang cuba menyingkirkan pemimpin tertentu di peringkat cabang dengan menggunakan senarai ‘hitam dan putih’.
Kalau adab pemilihan dijaga, orang tak rasa luka dalam. Tapi bila mula ada senarai siapa perlu digugurkan, itu menyalahi semangat parti.
Kita parti demokrasi. Nak suka siapa, sukalah. Nak pilih siapa, pilihlah. Tapi jangan pula kalau nak cantas yang di atas, mula dengan cabang.
Rafizi mengingatkan bahawa PKR bukan parti yang takut pada perbezaan. Siapa pun boleh menyokong mana-mana calon, asalkan bersih dan adil.
Berani kerana benar, bukan pecah-belah…

Jelas Rafizi lagi, keberaniannya bersuara bukan untuk memecah-belahkan parti, sebaliknya untuk mempertahankan prinsip perjuangan yang sebenar.
Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan. Kalau dah jadi kerajaan, tiba-tiba semua jadi penakut, itu bukan PKR yang kita kenal.
Beliau menyeru ahli parti untuk berani bersuara demi kebenaran, menolak politik takut dan terus menjunjung nilai asal PKR.
Pssttt! Apa yang diluahkan Rafizi bukan sekadar emosi, tapi satu peringatan keras kepada budaya politik yang makin celaru dalam parti sendiri. Kalau tak dibendung, bukan saja demokrasi dalam PKR terjejas, tapi juga kepercayaan rakyat. Politik bukan soal menang atau jawatan semata, tapi soal nilai, integriti dan perjuangan sebenar.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
