Connect with us

Oh! Media

Lawatan Anwar Ibrahim Ke Itali, Perancis Dan Brazil Jana RM12 Bilion Potensi

Ohmedia perdana menteri bawa potensi

Oh! Negara

Lawatan Anwar Ibrahim Ke Itali, Perancis Dan Brazil Jana RM12 Bilion Potensi

Lawatan Anwar bawa masuk RM12 bilion potensi pelaburan, perjuang isu Gaza.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil dengan kejayaan yang cukup besar. Katanyalah…

Bukan lawatan kosong, tapi membuahkan potensi pelaburan bernilai RM12 bilion, RM8 bilion dari Itali dan RM4 bilion dari Perancis.

Lawatan yang bermula di Itali pada 1 Julai lepas turut berjaya meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.- Kata Anwar.

Selain pelaburan, lawatan ini turut beri peluang kepada syarikat Malaysia seperti Petronas, TNB, Maybank dan Sunway untuk luaskan operasi ke pasaran antarabangsa.

IKLAN

Delegasi besar ikut serta bersama Anwar Ibrahim, termasuk syarikat dan menteri…

Anwar diiringi oleh lima menteri kabinet, termasuk Menteri Luar, Menteri Pengangkutan dan Menteri MITI, serta delegasi perniagaan daripada syarikat utama negara.

Antaranya termasuk Petronas, Khazanah Nasional, Tenaga Nasional, FGV dan YTL Power, semuanya membawa imej Malaysia ke hadapan.

Lawatan ni bukan hanya fokus ekonomi. Anwar juga ambil peluang bincang soal kemanusiaan, khususnya konflik Gaza dan serangan ke atas Iran.

Macron memang telah mengeluarkan kenyataan, tetapi Meloni menyatakan persetujuan untuk menghentikan serangan.

Beliau menyebut tentang serangan Israel, menyokong usaha perdamaian dan prinsip penyelesaian dua negara, yang bermaksud mengiktiraf negara Palestin.- Kata Anwar lagi.

Presiden Perancis Emmanuel Macron dan PM Itali Giorgia Meloni dilaporkan senada dalam keprihatinan terhadap Gaza, dan menyokong penyelesaian dua negara.

Isu beli pesawat, Anwar jelaskan bukan suka-suka…

Ada yang mendakwa lawatan ini lebih menguntungkan syarikat Eropah sebab kononnya kerajaan beli pesawat.

Tempahan pesawat dibuat oleh syarikat seperti AirAsia dan Malaysia Airlines, namun kerajaan juga mahu Malaysia mendapat faedah secara langsung.

Beliau kata, hasrat sebenar adalah jadikan Malaysia hab penyelenggaraan dan latihan (MRO) untuk syarikat pembekal seperti Airbus dan Embraer. Jadi kita bukan beli saja-saja, kita nak tarik industri masuk sini.

Anwar juga sempat bertemu beberapa pemimpin dunia seperti Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, PM India Narendra Modi, PM Vietnam Pham Minh Chinh dan PM Mesir Mostafa Madbouly.

Di Rio de Janeiro, beliau turut jumpa Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB), Dilma Rousseff. Malaysia kini sedang timbang untuk sertai bank tersebut selepas kajian lanjut oleh Bank Negara.

Pssttt! Ramai suka cop lawatan luar negara ni membazir. Tapi bila tengok hasil yang dibawa balik RM12 bilion pelaburan, peluang syarikat Malaysia ke pasaran global, serta suara Gaza disuarakan di pentas dunia, jelas lawatan ni ada impak besar.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas