Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Disarankan Tangguh Rasionalisasi Subsidi Petrol RON95

Ron95

Oh! Negara

Kerajaan Disarankan Tangguh Rasionalisasi Subsidi Petrol RON95

Pakar ekonomi cadang rasionalisasi subsidi RON95 ditangguh hingga Oktober. Ini sebabnya, dan bagaimana ia bantu rakyat serta ekonomi negara.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid mencadangkan agar kerajaan menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 hingga Oktober depan.

Menurut laporan Harian Metro, langkah ini mampu mengekalkan kuasa beli rakyat dan mengawal kadar inflasi, sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan kata penganalisi itu.

Kalau ditunda, itu langkah yang baik… subsidi RON95 ini membabitkan pasaran lebih luas kerana setiap isi rumah ada kenderaan sendiri.

Tangguh dulu subsidi RON95, rakyat masih keliru?

Harga Minyak

Prof Aimi berkata, ramai rakyat masih belum faham bentuk dan saluran subsidi RON95 yang bakal dilaksanakan kerajaan. 

IKLAN

Tidak seperti diesel yang boleh dikawal melalui fleet card, subsidi petrol sukar dipantau kerana ia melibatkan penggunaan individu.

Sistem subsidi bersasar untuk RON95 lebih kompleks dan perlukan mekanisme yang telus serta maklum balas daripada rakyat.

Cadang ujian rintis dahulu sebelum laksana

Ohmedia minyak turunjpg

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, Prof Aimi turut menyarankan agar kerajaan melakukan ujian rintis (pilot test) pada suku ketiga tahun ini. Ini dapat memberi ruang kepada rakyat dan agensi terlibat untuk bersedia secara menyeluruh sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Pssttt! Pelaksanaan dasar ekonomi perlu disertakan dengan penjelasan jelas dan sistem yang telus. Jangan terburu-buru, rakyat perlu difahamkan dulu, barulah semua pihak boleh bersedia.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas