
Oh! Negara
Dr Zuhdi Dakwa Rafizi Ramli Tidak Layak Sertai PAS
Isu dakwaan Datuk Seri Rafizi Ramli pernah ditawar menyertai PAS akhirnya dijawab tegas oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki yang menafikan kesesuaian Menteri Ekonomi itu dengan hala tuju perjuangan parti Islam berkenaan.
Menurut Dr Zuhdi, PAS sudah lama memperjuangkan pelaksanaan hukum Islam dalam pemerintahan serta mempertahankan hak dan kedudukan kaum bumiputera sejak 1951 lagi.

Pada pemerhatian saya, kedua-dua citra perjuangan ini tidak ada pada Rafizi. Justeru, beliau tidak sesuai menyertai PAS.- Katanya dalam kenyataan di Facebook.
Tambah beliau, gaya politik Rafizi lebih cenderung kepada politik aliran kanan Barat dan tidak pernah ke hadapan memperjuangkan agenda Islam mahupun mempertahankan hak bumiputera.
Rafizi Ramli tak layak dari sudut kepimpinan Ulama…

Dr Zuhdi turut menjelaskan bahawa walaupun keahlian PAS terbuka kepada individu Islam, warganegara dan akil baligh, terdapat satu lagi syarat utama iaitu kesediaan untuk tunduk dan taat kepada Perlembagaan serta hala tuju parti yang ditentukan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).
Seperti yang dimaklumi, anggota-anggota MSU PAS adalah terdiri dari kalangan para ulama yang faqih, yang mana kualiti kelayakan seperti ini tidak ada pada Rafizi.- Jelas beliau.
Menariknya, Dr Zuhdi juga menyentuh kemungkinan Rafizi akan menyertai tokoh muda lain seperti Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq dan Nurul Izzah dalam satu gabungan baharu sekiranya gagal mempertahankan kedudukannya dalam PKR.
Tidak juga mustahil, tokoh-tokoh politik beraliran kanan ini akan mewujudkan gabungan ketiga bagi menghadapi PN dan PH-BN dalam PRU akan datang. Tulisnya.
Tegasnya, pelawaan untuk Rafizi menyertai PAS jika bukan datang daripada pimpinan utama parti, tidak perlulah diperbesar atau dihebohkan kepada umum.
Pssttt! Dalam politik, bukan semua tawaran itu datang dengan keserasian perjuangan. Memilih untuk bersama sesuatu parti perlu disandarkan kepada nilai, prinsip dan matlamat yang sehaluan. Rakyat kini makin celik dan menilai bukan sekadar janji, tetapi keikhlasan dan kesetiaan terhadap asas perjuangan sebenar.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
