Connect with us

Oh! Media

Cucu Jumpa Paku Berbungkus Atas Pusara Tuan Guru Mohamad Yassin, Bapa Bekas Perdana Menteri

muhyiddin yassin

Oh! Negara

Cucu Jumpa Paku Berbungkus Atas Pusara Tuan Guru Mohamad Yassin, Bapa Bekas Perdana Menteri

Sebelum ini seorang individu berkongsi video menunjukkan dia menemui benda asing seperti alat pemujaan yang diletakkan di atas kubur milik Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, bapa kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADVERTISEMENT

Individu itu merupakan cucu kepada arwah dan menjumpai objek seperti paku yang dibungkus kertas di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 Muar, Johor itu didakwa telah menemukan bungkusan kertas yang dibaluti dengan benang berwarna hitam.

Terjumpa di kubur atok pagi raya ni. Apa benda ya ni? Yang kita tahu ini syirik.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut berasa kasihan dengan apa yang berlaku pada ahli keluarga tersebut.

Saya tidak tahu apa maksud orang yang melakukan perbuatan itu. Jika dilihat pada kepok tersebut memang tertulis nama Allahyarham, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr Sahruddin turut menasihatkan keluarga Tan Sri Muhyiddin untuk membuat laporan polis bagi menjamin ketenteraman keluarga dan semua pihak.

Untuk pengetahuan korang, Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin merupakan salah seorang daripada 40 tokoh ulama Johor yang pernah menerima pengiktirafan Pingat Sultan Ibrahim pada tahun 1955 sebelum beliau meninggal dunia ketika usia 73 tahun pada 1975.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas