Connect with us

Oh! Media

Rafizi Ramli Beri Nama Ini Yang Paling Layak Sandang Jawatan Menteri Kewangan

Rafiziramli ohmedia

Oh! Negara

Rafizi Ramli Beri Nama Ini Yang Paling Layak Sandang Jawatan Menteri Kewangan

Sebelum ini, banyak pihak mendakwa Menteri Kewangan menjadi punca kerajaan gagal memulihkan ekonomi negara. Disebabkan itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli tampil menyangkal dakwaan terbabit.

Rafizi menyatakan rasa tidak setuju dengan saranan dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta PMX meletakkan jawatan dan melantik Menteri Kewangan penuh.

Jawatan Menteri Kewangan paling sesuai dipegang Perdana Menteri…

Kata Rafizi, Perdana Menteri adalah individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan.

IKLAN

Silapnya sebelum ini kerana Perdana Menteri memusatkan semuanya kepada dia. Jadi dia tidak sempat buat. Sekarang ni, dari segi pecahan kerja, sebahagian besar dari segi perancangan pelan ekonomi dan dasar sederhana serta jangka masa panjang ditentukan oleh Kementerian Ekonomi.

Kemudian, pelaksanaan itu diusahakan bersama dengan kementerian-kementerian yang memang ada mandat dan tanggungjawab itu.

Urusan dari segi tatakelola kerana Menteri Kewangan bertanggungjawab memastikan proses perolehan itu benar-benar telus dan disebabkan itu pandangan saya, tokoh yang paling baik untuk menjadi Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Rafizi turut menyatakan ekonomi negara dilihat lebih baik selepas mencatatkan pertumbuhan ekonomi negara dari suku ke satu suku berlaku dalam tiga suku berturut-turut yang tidak pernah berlaku.

Rafizi menegaskan negara berjaya mencatatkan kemiskinan paling rendah, kenaikan gaji lebih tinggi daripada sebelum ini, pertumbuhan ekonomi momentum baik dan inflasi paling rendah.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas