Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Lelaki Ini Tunjuk Cara Betul Kupas Buah Manggis Tanpa Kotorkan Tangan

Manggis

Oh! Lifestyle

(VIDEO) Lelaki Ini Tunjuk Cara Betul Kupas Buah Manggis Tanpa Kotorkan Tangan

Musim buah! ia merupakan musim yang paling disukai oleh masyarakat lebih-lebih lagi ia melibatkan buah yang mengikut musim seperti buah durian dan manggis. Ia juga dikatakan berlaku setiap tahun dan orang ramai terpaksa menanti dalam jangka masa yang panjang, tetapi berbaloi oleh sebab lambakan buah yang begitu banyak.

Baru-baru ini, buah-buahan seperti durian semakin mendapat perhatian daripada masyarakat sehingga ada yang sanggup berjalan jauh demi mendapatkan raja buah itu. Namun, tidak terlepas juga buah manggis yang kian mendapat sambutan setiap tahun.

Aneka klaim manfaat buah manggis ini yang sudah terbukti 1571200186

Buah manggis juga sering digandingkan dengan buah durian sebagai pasangan kepada buah itu kerana ia kerap berbuah pada musim yang sama. Namun, buah-buahan ini mempunyai satu keburukan yang mana ia cepat rosak sehingga mampu dipasarkan dalam tempoh yang singkat.

IKLAN

Tetapi, disebalik rasanya yang manis dan sedap, ia juga mampu meninggalkan kesan kepada tapak tangan jika kita mengupasnya dan menyebabkan tangan kita kotor. Ia juga mampu meninggalkan kesan kepada pakaian dan akan mengambil masa yang lama untuk dihilangkan.

Namun, seorang individu telah memberikan cara bagaimana ingin mengupas manggis dengan cara yang betul tanpa menyebabkan tapak tangan anda kotor.

Screenshot 354

Dia telah berkongsikan sebuah video di aplikasi TikTok miliknya bernama @pojanahayat memaparkan cara betul bagi mengupas buah manggis selain turut berkongsikan cara-cara salah dalam mengupas buah berkenaan.

Sekarang musim manggis kan, mari saya tunjuk cara bukak manggis cara orang kampung.

Biasa orang akan picit-picit buah tu. Salah! ini cara yang betul.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif dari netizen yang rata-rata daripada mereka berasa kesal kerana baru mengetahui cara mengupas yang betul walaupun sudah lama menikmati buah tersebut.

Screenshot 344
Screenshot 345
Screenshot 346
Screenshot 348

Video yang dikongsikan tiga hari lalu itu setakat ini telah mendapat lebih daripada 1.8 Juta tontonan serta mendapat 180,000 tanda suka.

Kredit: TikTok @pojanahayat

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas