Connect with us

Oh! Media

Mudah Dan Berkesan! Cara Hapuskan Lipas Guna 3 Bahan Je

Oh! Lifestyle

Mudah Dan Berkesan! Cara Hapuskan Lipas Guna 3 Bahan Je

Masalah rumah penuh lipas! sudah semestinya banyak dihadapi oleh masyarakat zaman sekarang ni. Lebih-lebih lagi serangga kecil ini sering muncul dikala kita sedang duduk ataupun sedang tidur. Apa yang buat kita lagi ‘trauma’ adalah apabila serangga ni mula mengibarkan sayapnya, sudah semestinya menjadi mimpi ngeri bagi setiap manusia.

ADVERTISEMENT

Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui terdapat banyak cara untuk kita menghapuskan serangga ini. Ramai yang mengambil inisiatif untuk membeli menyembur serangga atau perangkap lipas, namun kita juga boleh menghapuskan serangga ini dengan hanya menggunakan bahan yang terdapat pada rumah korang je.

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @Chaaaxoxo, dia telah menunjukkan cara-cara menangkap lipas dengan menggunakan hanya tiga bahan dan dia berjaya menangkap begitu banyak serangga tersebut. Kalau dah bersedia, jom kita ikuti langkah-langkah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Mentega.

2. Susu cecair.

3. Minyak terpakai.

4. Bekas.

Cara-cara penghasilan:

1. Letakkan beberapa sudu mentega ke dalam bekas makanan (Tak kisah apa-apa bekas janji tak bocor).

2. Letakkan 1 sudu susu cecair dan gaulkan.

3. Tuang pula minyak masak terpakai ke dalam bekas tersebut mengikut kesesuaian bekas.

4. Letak pada tempat yang menjadi kawasan serangga tersebut seperti contoh dalam video tersebut meletakkannya di dalam kereta. Biarkan semalaman dan lihatlah hasilnya, banyak lipas akan berkumpul dalam bekas tersebut.

Korang juga boleh rujuk video dibawah untuk bagi korang mudah paham.

@chaaaxoxo

Perangkap lipas. Guna majerin, susu pekat, dgn minyak masak terpakai. Letak dlm kereta semalaman #perangkaplipas #fyp #lipas #tips

♬ good 4 u – Olivia Rodrigo

Macam mana? mudah kan dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja yang boleh didapati pada rumah masing-masing. Jadi lepas ni tak perlulah korang bazirkan duit untuk beli perangkap lipas. Guna minyak terpakai je lagi jimat.

Kredit: Chaaaxoxo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas