Connect with us

Oh! Media

‘Kejutan’ Berturut-turut iMedia Asia Gempar Industri Digital

Oh! Bisnes

‘Kejutan’ Berturut-turut iMedia Asia Gempar Industri Digital

Minggu lalu iMedia Asia telah mengumumkan pemerolehan 90% ke atas laman web Beautifulnara.com. Sedang mereka meraikan anak syarikat baharu itu, hari ini pula iMedia mengumumkan telah memperluas rangkaian penyelesaian iklan video dan peluang penajaan melalui perkongsian penjualan strategik dengan Viu.

ADVERTISEMENT

Viu yang menyediakan perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka yang dikendalikan oleh Viu International Limited, dan WeTV serta iflix yang dimiliki oleh Tencent.

Baca artikel sebelumnya: iMedia Asia Sekali Lagi Kejutkan Industri Digital Dengan Pemilikan BeautifulNara

Demand pengiklanan video yang brand safe

Untuk pengetahuan korang, pengiklan dan pemilik jenama kini lebih teliti dalam memasarkan produk mereka. Jadi mereka mencari platform yang premium dan pada masa yang sama menawarkan brand safe pada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, Voon Tze Khay melihat ini sebagai satu peluang dan ruang yang boleh dikongsikan pada pengiklan dan pemilik jenama di luar sana.

Pengiklan menyukai jangkauan YouTube, tetapi mempersoalkan persekitaran yang selamat untuk jenama mereka. Ini kerana kebanyakan kandungan video dihasilkan sendiri oleh pengguna. Terdapat permintaan yang semakin meningkat dari pengiklan untuk membuat platform iklan sehenti bagi menempatkan iklan video dengan jangkauan yang lebih besar dan 100% video premium yang selamat untuk jenama

Trend peningkatan penstriman video dalam talian di telefon bimbit

Media Partners Asia (MPA), secara keseluruhan jumlah minit penstriman video dalam talian di telefon bimbit meningkat lebih dari 60% setiap minggu di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura dalam tempoh 4 bulan pertama bagi tahun 2020.

Luaskan jenama korang di platform sehenti premium ni

Ketua Jualan Iklan Viu Malaysia, Mark Jackson turut meluahkan rasa bangga sebab kandungan dan sentuhan tempatan yang dipaparkan di Viu Original Malaysia mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Jumlah pengguna aktif di Viu turut meningkat setiap hari. Kini lebih 36.1 juta pengguna Viu yang enjoy dengan kandungan yang diberikan.

Oh! Media turut berbangga dengan kerjasama ini, semoga terus suskess geng. So, kalau korang nak tahu macam mana proses pengiklanan video yang kami kongsikan tadi, email je ke [email protected].

Terkini kumpulan media digital bersepadu iMedia Asia mempunyai gabungan lebih daripada 13 juta pengunjung di laman web, platform sosial dan rangkaian influencer serta mempunyai portfolio jenama dalam talian yang popular dan perkongsian streaming video premium yang merangkumi OhMedia, Ittify, Goody25, GoodyMy, BeautifulNara, Amazing Nara, Kimchi Daily, Viu, WeTV, iflix, Newswav, Malaysia Gazette dan Oriental Daily Online.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas