Connect with us

Oh! Media

iMedia Asia Sekali Lagi Kejutkan Industri Digital Dengan Pemilikan BeautifulNara

Oh! Bisnes

iMedia Asia Sekali Lagi Kejutkan Industri Digital Dengan Pemilikan BeautifulNara

Belum habis keseronokan pemilikan Goody25 pada hujung September yang lalu, iMedia Asia hari ini mengumumkan tentang pemerolehan mereka ke atas sebuah portal digital yang mempunyai 1.2 juta followers di Facebook dan Instagram iaitu BeautifulNara.

ADVERTISEMENT

Baca artikel sebelum ini : https://ohmedia.my/umum/imedia-umum-perolehan-ke-atas-media/

Untuk pengetahuan korang, BeautifulNara ni merupakan laman web media dengan content berita hiburan dan sosial berbahasa Melayu yang memfokuskan berita terkini mengenai hiburan, gaya hidup tempatan serta topik trending selebriti, fesyen dan pelancongan.

BeautifulNara ni telah dilancarkan pada tahun 2013 dan mereka telah berkembang menjadi jenama dan sumber berita yang terkenal di Malaysia. Tapi OH! Media pun terkenal tau. Eh!

BeautifulNara teruja gabungan bersama iMedia Asia

Gabungan yang dipersetujui ini amat bermakna buat semua pihak di BeautifulNara serta iMedia Asia sendiri. Shahzeeq yang merupakan Ketua Pegawai Exsekutif dan Pengasas Bersama BeautifulNara turut meluahkan rasa gembira dan teruja.

“Inilah saat yang sangat mengujakan. Selama bertahun-tahun, landskap sosial dan digital terus berkembang, cara kita menggunakan kandungan juga berubah dengan ketara. Mereka kini menjadi sebahagian besar strategi perniagaan. Tze Khay dan pasukannya mempunyai wawasan jelas dan semestinya memastikan sinergi berterusan. ” ~ Shahzeeq , Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BeautifulNara

Tidak ketinggalan, Nazuwan, Pengarah dan Pengasas BeautifulNara turut berasa gembira dan berterima kasih atas sokongan pengikut-pengikut portal mereka selama ini.

“Setelah 12 tahun, inilah masanya untuk saya melepaskan BeautifulNara ke tangan iMedia. Siapa tahu, blog yang saya mulakan untuk suka-suka menjadi besar dan dibaca oleh berjuta-juta rakyat Malaysia. Masih banyak ruang untuk berkembang dan saya mengucapkan terima kasih atas semua sokongan, kasih sayang dan pertolongan. ~ Nazuman, Pengarah dan Pengasas BeautifulNara”

Matlamat jelas kunci kejayaan iMedia Asia

Pemerolehan 90% ke atas portal BeautifulNara merupakan pemerolehan keempat iMedia Asia dalam tempoh hanya 90 sejak ianya ditubuhkan secara rasmi. Matlamat yang jelas serta pasukan yang aggressive dalam insdutri digital merupakan kunci utama kejayaan iMedia Asia sehingga ke hari ni.

Bukan hanya BeautifulNara tau

Pemerolehan ke atas BeautifulNara bukan biashe-biashe geng, sebab kalau korang follow mereka di portal dan juga media sosial, korang pasti akan turut kenal dengan portal Amazing Nara dan juga Kimchi Daily. Jadi Shahzeeq serta team BeautifulNara akan bekerjasama dengan iMedia Asia untuk mengembangkan sayap dalam industri digital ni menerusi portal-portal ni.

Wah! Tak sabar nak tengok gabungan ni dan perancangan mereka untuk tahun mendatang. Buat pertama kali yang dengar mengenai dua lagi portal yang kami sebutkan tadi, Amazing Nara merupakan portal yang merangkumi berita harian yang sedang trending manakala Kimchi Daily memaparkan content terkini mengenai dunia hiburan di Korea.

Terbaik iMedia Asia!

Menghampiri penghujung 2020, iMedia Asia dilihat tenang menghadapi krisis yang sedang menimpa seantero dunia. Kami di OH! Media akan sentiasa mengorak langkah bersama iMedia Asia serta semua anak-anak syarikat di bawahnya.

Terkini, iMedia Asia mempunyai portfolio jenama terkenal dalam talian dan rangkaian influencer yang merangkumi OhMedia, Ittify, Goody25, GoodyMy, BeautifulNara, Newswav, Malaysia Gazette dan Oriental Daily Online, dengan gabungan keseluruhan 13 juta pelawat di laman web. Terbaiklah iMedia Asia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas