
Oh! Lifestyle
Cahaya UV Skrin Peranti Punca Kulit Semakin Rosak, Ini Sebabnya..
Oleh
Penggunaan telefon bimbit, tablet dan komputer riba yang berlebihan akan memberi kesan buruk terutama sekali kepada kesihatan tubuh badan dan keremajaan kulit.
Malah, pengunaan sebelum waktu tidur akan menjadikan kulit tidur tidak berkualiti. Bukan itu sahaja, ia juga akan merosakkan kulit dan rambut.
Kajian terbaharu menunjukkan bahawa sinaran ultraviolet (UV) dipancarkan daripada peranti ini boleh menyebabkan kematian sel kulit.
Berikut merupakan beberapa kesan buruk pada kulit jika terdedah pada skrin berpanjangan secara tidak langsung.
- Pendedahan Cahaya Biru
Sebenarnya peranti elektronik akan memancarkan cahaya biru, yang boleh menembusi kulit lebih dalam daripada sinaran UV daripada matahari.
Dan jika terdedah berlebihan pada cahaya biru itu ia akan menyumbang kepada kerosakan kulit, termasuk peningkatan pigmentasi dan penuaan pramatang.
- Penurunan Aktiviti Fizikal
Dengan menghabiskan masa yang lama di hadapan skrin peranti ia juga menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti fizikal seperti kurang bersenam.
Tambahan, ini akan menyebabkan kurang pengaliran darah dan pengoksigenan ke kulit, yang berpotensi menjejaskan penampilannya.
- Kualiti Tidur Lemah
Jika seseorang itu, terdedah pada skrin terlalu lama sehingga mengganggu kualiti waktu tidurnya, ia akan memberi pelbagai masalah kulit seperti kusam, lingkaran hitam dan halangan kulit yang terjejas.

- Mengabaikan Rutin Penjagaan Kulit
Dalam pada itu, tanpa sedari seseorang itu juga akan mengabaikan rutin penjagaan kulitnya akibat menghabiskan tempoh yang lama di hadapan skrin.
Secara tidak langsung, ia akan menyumbang kepada akibat penjagaan kulit yang tidak konsisten atau tidak betul.
BACA: Kulit Sensitif Sebab Salah Produk? Ini Cara Nak Merawatnya.. Kena Rajin!
Sebelum ini kami ada kongsikan cara untuk merawat kulit sensitif bagi mereka yang sudah tersalah menggunakan produk kecantikan.
Kredit: Berita Harian
+ Baca artikel penuh Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Isu kesihatan ni jangan ambil mudah ya!
♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media
