Connect with us

Oh! Media

Kulit Sensitif Sebab Salah Produk? Ini Cara Nak Merawatnya.. Kena Rajin!

Kulit Sensitif

Oh! Lifestyle

Kulit Sensitif Sebab Salah Produk? Ini Cara Nak Merawatnya.. Kena Rajin!

Bagi orang yang ada kulit sensitif, penjagaannya boleh dikatakan agak mencabar. Tak boleh salah produk atau terdedah kepada habuk, mesti kulit akan gatal dan naik kemerahan.

BACA: Mira Filzah Kongsi Tips Bagi Muka ‘Breakout’ Ketika PKP, Hanya Gunakan Ais Batu Je!

Masa ni lah, jerawat pun berpusu-pusu timbul di setiap sudut wajah. Haih, sabar jelah! Dalam perkongsian kali ini, Oh! Media nak bagi tips-tips merawat kulit sensitif dengan mudah.

IKLAN

Cari produk yang sesuai

Kulit Sensitif

Perkara paling penting yang korang kena ambil tahu adalah mengenai kondisi kulit korang. Jangan main sebat je tau, pastikan cari produk yang “hypoallergenic” atau “sensitive skin-friendly”. Bahan-bahan dalam penjagaan kulit sensitif ini bebas daripada bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.

Uji dulu produk baru

Uji produk

Bila dah beli, jangan pakai dulu. Korang kena pastikan produk diuji dengan cara sapu sikit di belakang tangan atau bahagian kecil kulit yang tak nampak. Kalau ok, baru la sapu di muka.

Jangan selalu guna produk berbau kuat

Produk

Produk dengan bau wangi memang menggoda hati kan? Tapi sangat tak digalakkan untuk korang yang ada kulit sensitif. Ini kerana produk yang berbau kuat kadang kala mengandungi bahan kimia yang buat kulit terasa pedih atau kemerahan. Pilih la produk yang lebih neutral atau tanpa wangian.

Gunakan SPF tinggi

Sunscreen

Harus diingatkan, sunscreen adalah sangat penting setiap kali keluar rumah. Wajib guna sunscreen dengan SPF tinggi kerana kulit sensitif lagi mudah merah dan terbakar dek pancaran UV.

Jangan gosok kuat-kuat

Produk

Elakkan memakai scrub kasar yang boleh merosakkan kulit. Pastikan kulit digosok secara perlahan dan lembut je masa membersihkan wajah. Jangan sental macam lap lantai pula!

Jaga diet

Makan Ulam

Jangan tak tahu, makanan juga menjadi faktor kepada masalah kulit sensitif. Jadi, korang kenalah elak makanan pedas, berlemak dan bersantan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar termasuklah air kosong untuk kulit yang lebih sihat.

Pakai baju bersih dan kain lembut

Kuat berpeluh

Jangan la pakai baju yang dah lama tak basuh, nanti kulit jadi meradang. Pastikan guna baju bersih dan kain yang lembut, elakkan daripada bahan yang kasar dan menyebabkan gatal-gatal.

Nampak macam leceh kan? Tapi itulah antara tips-tips yang korang boleh jadikan panduan. Apa yang penting kenalah usaha dan disiplin dalam penjagaan kulit wajah dan badan. Selamat mencuba!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas