Connect with us

Oh! Media

Buntu Fikir Cara Langsaikan Hutang? Ikuti 5 Tip Bagi Uruskan Hutang Anda

Ohmedia  Hutang

Oh! Lifestyle

Buntu Fikir Cara Langsaikan Hutang? Ikuti 5 Tip Bagi Uruskan Hutang Anda

Setiap individu pasti akan ada masalah mempunyai hutang tidak kiralah kecil ataupun besar.

Malah, ia adalah satu perkara yang boleh menyebabkan tekanan dalam hidup lebih-lebih lagi sekiranya hutang yang tertunggak menjadi hutang lapuk.

Walaupun kebanyakan dalam kalangan kita berhutang untuk memenuhi keperluan asas namun terlalu banyak hutang mampu mengakibatkan masalah kewangan yang serius.

IKLAN

Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan 5 tip bernas mengenai cara menguruskan hutang korang dengan lebih baik.

Rekod setiap perbelanjaan

Rekod setiap aliran keluar dan masuk kewangan korang. Ini bagi memastikan korang tahu ke mana dan di mana ia berada.

Tambahan, korang boleh guna pelbagai cara untuk memantau sama ada secara manual atau aplikasi, sebagai contoh ‘Money Tracker‘.

Kurangkan komitmen

Cuba kurangkan komitmen yang tidak perlu seperti siaran televisyen berbayar, penapis air, atau apa sahaja yang boleh dihentikan buat sementara waktu.

Hutang

Meningkatkan pendapatan

Dalam pada itu, korang boleh cuba menambahkan pendapatan dengan ‘passive income‘. Passive income bermaksud apa sahaja yang boleh menjana wang dengan aktiviti yang minima.

Kurangkan perbelanjaan

Mungkin agak sukar tapi cubalah mengurangkan perbelanjaan bagi perkara yang kehendak. Dalam fasa mahu melangsaikan hutan hanya berbelanja untuk barang keperluan sahaja.

Langsaikan hutang

Tumpukan untuk melangsaikan hutang yang paling rendah dan hutang yang mempunyai faedah yang tinggi.

Bukan itu sahaja, korang pelu komited dan berdisiplin dalam melangsaikan hutang yang telah bebani korang, terutama dari segi mengurangkan perbelanjaan kehendak.

BACA: Pemain Bola Sepak Tempatan Dituntut Bayar Hutang RM100,000

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita dilihat ‘menagih’ hutang daripada seorang pemain bola sepak tanah air di TikTok.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • 1857698
  • Ohmedia  Hutang
  • Ohmedia  1200 × 675px   2023 09 30t182002778
  • Ohmedia  Hutang
  • 1857698
  • Ohmedia  Hutang
  • Ohmedia  1200 × 675px   2023 09 30t182002778
  • Ohmedia  Hutang

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas