Connect with us

Oh! Media

Penyokong Indonesia Puji Kelincahan Arif Aiman, Buat Indonesia Tak Senang Duduk

ohmedia arif aiman indonesia

Oh! Arena

Penyokong Indonesia Puji Kelincahan Arif Aiman, Buat Indonesia Tak Senang Duduk

Arif Aiman curi perhatian FIFA, media dan penyokong Indomesia selepas tampilkan serangan lincah dan tekan pemain Garuda di Piala ASEAN FIFA 2026.

Tak perlu tunggu jaringan untuk nampak betapa bahayanya Arif Aiman Hanapi. Setiap kali pemain sayap Harimau Malaya ini dapat bola, pertahanan Indonesia nampak cukup sibuk nak mengawal gerakannya.

Malah, aksi Arif Aiman turut mendapat perhatian FIFA dan media Indonesia selepas perlawanan berakhir tanpa jaringan.

Arif Aiman beri masalah dari sebelah kanan Indonesia

arif aiman

Bermain dari sebelah kanan, Arif Aiman beberapa kali cuba membuka ruang dan mencabar pemain lawan secara satu lawan satu.

IKLAN

Pada minit ke-12, dia melakukan larian solo sebelum menguji Maarten Paes. Tidak lama kemudian, percubaan jarak jauhnya pada minit ke-29 sekali lagi memaksa penjaga gol Indonesia itu bertindak.

Tan Cheng Hoe turut mengakui kemampuan Arif Aiman memang memberi sesuatu yang berbeza kepada serangan Malaysia.

Seperti sedia maklum, kita mengetahui kemampuan Arif Aiman dan lariannya cukup pantas serta mampu menjaringkan gol dalam sudut sukar.- Katanya.

Larian bawa kepada kad merah pemain Indonesia

@ohmedia Arif Aiman on fire 🔥 #ohmedia #FIFAASEANCup ♬ original sound – PAK MENAKAN

Tekanan daripada Arif Aiman akhirnya mencetuskan detik penting pada minit ke-37. Thom Haye melakukan kekasaran ketika cuba menghentikan lariannya.

Kad kuning yang diberikan pada awalnya kemudian ditukar kepada kad merah selepas semakan VAR oleh pengadil Korea Selatan, Ko Hyung-jin.

Indonesia selepas itu terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain untuk tempoh kira-kira 70 minit.

FIFA turut kongsi rangkuman aksi Arif Aiman

@fifaworldcup Malaysia 🆚 Indonesia @Aspetar | #FIFAASEANCup ♬ Fighters – OctaSounds

Walaupun tiada gol tercipta di Stadium Gelora Bung Karno, kelincahan Arif Aiman tetap menjadi perhatian dalam laporan rasmi FIFA.

Jelas, kehadirannya cukup memberi tekanan kepada pertahanan Indonesia setiap kali bola sampai ke kakinya.

Selepas perlawanan itu, Harimau Malaya kini bersedia untuk aksi terakhir Kumpulan A menentang Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Khamis.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

▶

Ikuti perkembangan SUKAN PARA ASIA 2026

Komik Sembang Jerr

Oh! Sembang Jerr - Bella Astillah dan Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri

Popular Bulan Ini

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIna dan AIzat. Enjoice!


Ohmedia Banner
Ke Atas